Friday, March 30, 2012

April Fool..perlu ke?



Kita tak lama lagi akan masuk bulan April dan macam biasa sebut je April,1hb April tu adalah hari April Fool .. hari ni di mana yg ramai orang akan memperbodohkan kita di atas cerita2 yg di reka nak bagi korang panik, takut atau gabra atas tujuan for fun..

Ada sesetengah orang memang menyampah,ada yg suka pulak..tapi pada aku buat apa lah nak ikutkan sangat budaya macam ni.. ini macam perangai budak2 pada aku dan juga perangai seperti orang yg kurang kerja..secara logiklah kita boleh fikirkan.. so kita tak perlu lah nak buang masa sangat.. budaya barat memang orang suka ikut.. kalau tak ikut tak moden katanya.. moden ke bergurau di atas tujuan menipu nak bagi orang ketawa ? Mengenakan orang memanglah sedap tapi bila diri sendiri terkena, pastinya korang menyumpah dalam hati.

Seperti biasa bila kita nampak kat mukabuku atau FB, banyak yg share info jgn meniru budaya ni.. ada yg tak nyatakan sejarahnya.. sekadar mengatakan ianya di larang kerana berdasarkan adab dan hukum agama adalah di larang untuk bergurau secara melampau dgn tujuan tertentu :

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Jadi , cukuplah penjelasan di atas sebagai kita untuk menilai dan hentikan tindakan membodohkan orang di hari April Fool..bukan budaya kita satu hal dan sememangnya kita perlu menjauhi perkara yg sia2..jgn pulak di tokok tambah dgn fakta2 yg tak di pastikan kesahihan nya yg sekarang rancak di sebarkan di blog dan facebook mengenai sejarah April Fool ni ada aku dgr banyak versi tau pasal 1 April ni..

versi yg lain lak aku dengar - in 1582, Pope Gregory XIII ordered a new calendar (the Gregorian Calendar) to replace the old Julian Calendar. The new calendar called for New Year's Day to be celebrated Jan. 1. That year, France adopted the reformed calendar and shifted New Year's day to Jan. 1. According to a popular explanation, many people either refused to accept the new date, or did not learn about it, and continued to celebrate New Year's Day on April 1. Other people began to make fun of these traditionalists, sending them on "fool's errands" or trying to trick them into believing something false. Eventually, the practice spread throughout Europe.

April Fool ni lebih kepada budaya orang barat sana.. seperti yg aku dgr dari fakta seorang pembaca :

'April 1 is recognized as a day for pranks in Germany, France, Great Britain, the United States, Canada, and elsewhere. In India, the last day of the feast of Huli, March 31, is regarded as a day for mischief. In France, an April fool's prank is called a poisson d'Avril (April fish), and in Scotland it is an April gowk or cuckoo.'


Jadinya bukanlah budaya kitaaa, so henti2 kan lah ..terlalu banyak versi pasal April Fool ni.. jadi kita ambik saja hukum larangan bergurau secara berlebihan sehingga menipu sebagai pedoman utk kita. Yang pasal kekalahan orang islam kat Sepanyol di tgn tentera Kristian pd 1 April melalui penipuan- fakta ni tak dapat nak komen sangat.. jadi hati2 nak post atau share info yg semacam ini kat fb,twitter atau mana2 laman sosial.. fakta ni boleh menyebabkan keadaan jadi panas dan tegang dlm kelompok masyarakat yg berbilang kaum dan agama di seluruh dunia .. seperti yg aku nampak dlm satu fb page.. dah bertekak sesama sendiri pasal ni..jadi pandai2 lah ye

Jom Priok...yuk..yuk..

Ini kesahnya aku makan2 tahun lepas October 2011..sekarang baru nak update..hahaha.. sejak jalan2 cari makan update pasal restoren ni, aku dah set dlm kepala aku mesti cuba tempat ni.. yes..memang jauh..all the way from Sentul to Kelana Jaya.. tapi tak kisahlah sebab naik putra lrt sehala je dari masjid jamek ke Tmn Bahagia.lepas tu ambiklah cab..

Aku pi tempat ni dgn sorang kwn aku namanya Amin.. sebab dia familiar tentang kawasan Kelana Jaya ni..restoren ni terletak kat dlm Giant Supermarket..

Menyediakan bufet steamboat, ala carte menu dan dim sum halal- terbaik dari ladang..
so kami cubalah steamboat di samping order ala carte menu yg dikatakan yg terbaik- corn beef fried rice yg herganya rm8.90 dgn salted egg crabs -rm35.90.. perghhh..

sementara tu bufet lak per pax rasanya rm23.90..

puas hati.. all u can eat..makan sampai lebam.










Steamboat nya...



salted egg crabs -rm35.90



Corn Beef Fried Rice.. harganya rm8.90

sesapa nak cuba ini alamatnya - Jom Priok & Sedap Deli:
Lot G21, Giant Hypermarket,
SS6, Kelana Jaya

Wednesday, March 21, 2012

Mee Udang Mak Jah..

Aku ni memang suka makan mee udang.. bila aku dengar cerita ada mee udang cawangan Kuala Sepetang di buka kat kl Wangsa Maju, aku pun apa lagi kan.. so memang puas hati.. aku order mee udang special Mak Jah , maka udang yg dlm mangkuk tu bergelimpangan sebesar xl.Inilah yg di katakan mee udang sebenar..



harga semangkuk utk Mee Udang Special ni RM12.00

Selain dari tu, ada gak menu lain..mostly berasaskan udang belaka.. sambal udang,mee goreng udang, nasi goreng udang, udang halia..pilih saja..


sambal udang rm13


sesapa nak cuba makan kat sini- ini lah alamatnya- MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG, CAWANGAN WANGSA WALK, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR No.22,Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju (belakang wangsa walk mall)..dekat2 dgn Restoren Cheng Ho..

Kari Kepala Ikan ZK restoren..mantap seyhhh

Kali ni aku nak cerita pasal kari kepala ikan.. hahaha memang aku suka.. tapi kepala ikan sesekali je lah kalau nak makan.. tak boleh lah selalu sangat..tahun lepas dalam bulan november 2011 aku dgn office colleagues datang kat satu restoren yg terkenal dgn kari kepala ikannya -ZK Restoren Kampung Attap KL sederet dgn hotel Midah.. dengarnya sebabkan kepala ikan dia cepat habis , jadi kitaorang call book seawal pukul 10 pagi ..perghhh aku boleh katakan salah satu yg terbaik..makan sampai lebam kerana aroma karinya sangat menggoda selera..apatah lagi masa tu hujan sikit, mendung, sejuk sesuai sangatlah nak makan time2 macam tu














Lunch - kari kepala ikan size sedrhana,ayam goreng 4 ketul, sayur sepiring,kari kambing sepiring,nasi 6,papadom,minuman sprite,tea o ais,sirap bandung,2 air kosong,kopi ice - harga semuanya tak salah RM116..ton2 lah setiap sorang..mmg berbaloi




tinggl tulangg..




Kalau korang nak mencuba keenakan kari kepala ikan kat ZK, inilah alamatnya - ZK Restoran Kari Kepala Ikan. No. 76, Jalan Kampung Attap, KL... lepas makan kitaorg pun balik lah.. sebab mata pun dah layu mengantuk kekenyangan..

Saturday, March 17, 2012

Statement popular katanyaaa

Tetiba aku tengok, ramai lak yg share status satu kata2 dari seorang artis dari barat yg berbunyi 'If you love two people at the same time choose the second one because if you really loved the first one you wouldnt have fallen for the second one.' Atau dalam bahasa melayunya lah lebih kurang ' kalau kita mencintai 2 orang dlm satu masa, maka pilih lah org yg kedua hadir dlm hidup kita, sebab kalau kita mencintai yg pertama, masakan kita jatuh cinta lagi pd org yg kedua'.. ada yg kata pendapat ni sangatlah betul, sangat sesuai dan benar belaka.. yes.. memang benar pd mereka yg mengamalkan gaya hidup ala2 player atau jenis suka berfoya2.. realitinya korang , bila korang kena dump dgn kekasih korang kerana orang kedua, adakah korang suka ?

Satu lagi , statement tersebut hanya membuka ruang dan alasan utk terus 'dump' orang.. macam senang je bunyinya.. hari ni aku suka kau,esok aku jumpa orang lain then aku dump kau sebab aku dah jatuh cinta dgn orang lain.. lepas tu dah couple jap dgn lain, dump lagi sebab jumpa yg lagi hebat dan seterusnya dgn alasan 'If you love two people at the same time choose the second one because if you really loved the first one you wouldnt have fallen for the second one'..

Pada yg player ni, kau suka2 kan nak dump orang, cuba satu masa nanti kau benar2 jatuh hati dgn seseorang di tahap kronik, lepas tu orang tu dump kau sebab nak bersama dgn orang lain,masa tu apa korang rasa ? rasa coke? rasa pedas? rasa sakit? masa tu korang boleh terima ke statement popular kat atas sebab orang dump kau kerana cinta beralih arah dgn orang lain dgn mudahnya ? masa tu korang tau gak apa makna meroyan dan macam mana gayanya orang meroyan..muahahaha


Aku tak nafikan, pilihan terpaksa di buat jika sentiasa menderita dgn yg pertama..maka di sini tidaklah di katakan 'cinta' lagi..Ada juga yg menyintai 2 orang dalam satu masa kerana hati ni katanya tak boleh di kawal.. lepas pergi yg no 2, dump yg pertama , dah tu menyesal sebab meninggalkan orang yg benar2 baik dgn dia.. maka kes begini byk terjadi bila diaorg tak boleh nak bezakan antara cinta dan nafsu, love or lust..

Jadi, pikir2 lah sendiri apa yg kita nak dalam hidup..

Ps- statement popular tu di katakan datang nya dari pelakon barat popular yg hensem (no name mention) ,kalau betul maka aku tak hairan lah sangat, dulu aku minat dia sejak zaman drama siri popular era 80an dan masa tu aku dah dgr dia bercerai.lepas tu bercinta,bertunang dah tu putus, bercinta lagi dgn orang lain dah tu putus, lepas tu dgn orang lain lagi dah tu putus..maka sesuai sangatlah statement tu dgn dirinya..

Yang dikatakan ikhlas

Adeh, rasanya dah lama tertangguh nak tulis pasal topik ikhlas ni..tiap kali nak menulis topik ni, byk je godaan dan halangan.Atau sememangnya iblis tak suka kita menulis sesuatu yg baik dan manfaat? Tapi kalau menulis benda santai yg bukan2,boleh je aku siap dlm sehari..adehlah tak kuat rupanya aku..ok lah tak nak intro panjang sangat..aku nak tanya korang , apa yg korang paham dgn ikhlas ?Byk juga yg bagi feedback kat aku mengikut pengertian dan pemahaman masing2 ialah :

-Ikhlas tu maksudnya bila kita buat sesuatu , kita buat tanpa harapkan balasan
-ikhlas tu ialah sesuatu yg kita buat takde udang di sebalik mee, buat baik bukan ada motif
-ikhlas tu ialah berniat baik krn Allah
-ikhlas tu bila kita buat baik, kita tak tunjuk2an kat org mcm sedekah..

Macam2lah aku dgr definisi dan makna ikhlas mengikut pemahaman masing2..semua tu pun betul.. apa pun aku akan huraikan
makna ikhlas ini setakat yg aku tau melalui pelbagai sumber bacaan utk pengetahuan semua..

Pengertian Ikhlas :

Ikhlas ialah sesuatu perbuatan di lakukan semata2 utk mencari keredhaan Allah dan memurnikan perbuatan dari segala aspek bentuk kesenangan duniawi.Maknanya perbuatan kita di atas sesuatu tidak di pengaruhi dan di campuri dgn keinginan yg bersifat
sementara seperti kemewahan,kedudukan,harta,populariti dan juga keinginan2 duniawi lain.Ikhlas adalah bentuk perbuatan yg positif daripada tauhid
sejati dlm ibadah mengesakan Allah dan memohon pertolongan spt terdapat dlm surah Al fatihah 'Dan kepada Engkau kami sembah dan kepada engkau tempat kami memohon pertolongan."

Membersihkan hati dan memurnikan perbuatan dari segala mcm kesenangan duniawi bukanlah sesuatu yg mudah spt yg kita sangkakan..kerana
jiwa dan hati kita akan sentiasa di duga walau sekelumit rasa bangga dlm diri di atas setiap perbuatan baik hingga adakalanya menjerumuskan
kita kepada rasa riak dlm diri - yg juga di kenali sbg syirik khafi. Setiap perbuatan yg di lakukakan bukan krn Allah akan tetapi krn niat dan tujuan yg lain
adalah berlawanan kpd Ikhlas .Dan setiap amalan yg di lakukakan bukan krn ALLAH maka amalan itu akan tertolak dan tak diterima olehNya

Utk membersihkan hati dan perbuatan memerlukan perjuangan sungguh2 utk mengalahkan rasa bangga,ego,penyakit hati dan membuangkan segala kesenangan
peribadi yg bersifat sementara.Maka kita harus berhempas pulas jgn membiarkan setiap ruang di dalam diri ini di pengaruhi syaitan dan berusaha
menyucikan diri dari sikap riak,gila jawatan dan populariti.



Keutamaan Ikhlas dan dalil Allah memerintahkan manusia utk sentiasa Ikhlas:

Di dalam Alquran, terdapat byk ayat2 Allah memerintahkan kita utk ikhlas.Sesungguhnya Ikhlas berhubungkait dgn amalan tauhid yg sejati dan ibadah yg
murni.

'Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu kitab Alquran dgn segala kebenaran.Maka sembahlah ALLAH dgn memurnikan ketaatan kepadaNYA.Ingatlah
hanya kepunyaan Allahlah agama yg bersih dari syirik ( Az Zumar 2-3).


Katakanlah: "Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku". Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kalian kehendaki selain Dia. (Az-Zumar: 14-15)

Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku (sembelihanku), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya. Dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (kepada Allah).” (QS.Al-An’am:162-163).

Dan siapakah yg lebih baik agamanya daripada org yg ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia pun menegrjakan kebaikan dan ia mengikuti agama Ibrahim yg lurus (An-Nisa' 125)

'Oleh itu sesiapa yg percaya dan berharap akan pertemuan dgn tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yg soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dlm ibadahnya kpd tuhanya"
(Al Kahfi :110)

Tanda2 keikhlasan:

Ramai yg mungkin tertanya2 apakah tanda2 seseorang itu ikhlas dan macam manakah tindak tanduk mereka jika ikhlas.Berikut adalah beberapa tanda2 keikhlasan selari dengan kehendak agama :

-Takut pd kemashyuran/fame

Orang yg ikhlas sememangnya takut pd populariti atau kemashyuran diri di jaja di seluruh pelusuk tempat di atas kebaikan yg di lakukan.Ini kerana pd org yg ikhlas setiap kebaikan yg di lakukan yg di nilai Allah adalah perbuatan yang di nilai di dlm hati,bukan semata2 di dasarkan melalui apa yg kelihatan.Di samping ia takut kalau2 diri mereka berjangkit dgn penyakit 'gila kemasyuran' 'gila pangkat atau gila nama - iaitu memang terkeluar dari landasan mencari keredhaan Allah dan seterusnya membuahkan perasaan riak di dlm hati

Namun begitu pd hakikatnya populariti itu tidak salah. Para Nabi,sahabat2 Nabi dan Ulama juga di kalangan org yg popular.Yg menjadi larangan apabila kita meminta nama kita di popularkan,meminta imbuhan,pulangan di atas kebaikan yg kita lakukan dan bersikap rakus terhadap kedudukan. Jika kita dapatkannya tanpa meminta dan tak pernah bercita2 utk meraihnya, maka hal itu tidak mengapa.Akan tetapi ianya mampu menjadi malapetaka yg besar pd mrk yg lemah imannya krn lama kelamaan kemasyuran itu mampu membutakan matanya dari landasan yg benar dan seterusnya terjerumus dlm kelompok org yg gila akan hal2 duniawi

Mengaku kekurangan diri
-Org yg ikhlas sering mengakui akan kekurangan diri di sisi Allah.Ia merasakan ibadahnya pd Allah belum mencapai tahap maksimum dan belum memenuhi standard yg di mahukan oleh Allah. org spt ini takut jika dosa2 nya tidak di ampunkan dan amal kebaikan tidak di terima.Apabila dgn rendah hati mengakui kekurangan diri,maka rasa bangga di dlm manusia yg ikhlas ni tidak pernah wujud mahupun berputik krn merasakan dirinya juga tidak sempurna dan byk kekurangannya.

Cenderung menyembunyikan amal kebaikan
-Org yg tulus ikhlas lebih suka menyembunyikan amal kebaikan dan lebih suka jika amal yg di lakukan tidak di ketahui oleh orang lain dan juga tidak kedengaran di mana2.Kerana org ikhlas hanya percaya hanya Allah saja yg berhak mengetahui amal kebajikan yg di lakukannya dan apa yg di kerjakan adalah utk Allah.Untuk menghebahkan amal perbuatan yg baik oleh org yg ikhlas adalah sgt mustahil utk di lakukan krn sedari awal mereka juga takut di buai kemasyuran dan seterusnya menjadikan dirinya riak di atas amal yg di lakukan.Org yg ikhlas tidak mengharapkan pujian dari manusia krn semua amal yg di lakukan hanya utk Allah.Pujian yg melambung mampu menjadikan manusia riak dan ini amat di takuti oleh org beramal dgn ikhlas.
Sekelumit rasa riak yg membenih di dlm hati , akan menyebabkan amalan kita tidak di terima.

Mengutamakan keredhaan Allah dari Manusia
-Sesetengah dari manusia sgt takut dgn manusia lain apatah lagi jika orang itu mempunyai kedudukan..Seorang yg ikhlas tidak akan ambil peduli jika dirinya tidak dapat perhatian dari org lain biarpun yg lebih berkuasa darinya.Maka sebarang percubaan utk mempengaruhinya tidak akan berhasil krn yg penting pd dirinya adalah Keredhaan Allah

Cinta dan Marah hanya kerana Allah
-Orang yang ikhlas hanya mementingkan perjuangan nya utk Allah,cinta dan marahnya atas sesuatu hanya utk Allah.Mereka tidak mempunyai apa2 kepentingan yg bersifat duniawi yg memabukkan dan sikap mereka jauh berbeza dgn mereka yg meletakkan duniawi sbg matlamat hidup. Sbg cth mengenai pendakwah. Kita sedia maklum adakalanya pendakwah di sakiti dan di lemparkan dgn kata2 kesat apabila mengajak manusia ke jalan yg benar.Ada yg sampai ke tahap memulaukan si pendakwah.Namun begitu, keikhlasan seseorang pendakwah akan mendorong beliau tetap meneruskan dakwahnya walau di sakiti dan di caci krn daya tahannya sbg pendakwah di dorong oleh perasaan ingin mencari redha , bukan krn menjaga kepentingan peribadi ,bukan utk dpt perhatian dan lain2 lagi.

Sabar dlm menempuh rintangan hidup:
-Orang yg ikhlas meletakkan Allah sbg matlamat hidupnya di dunia dan akhirat tidak akan sekali2 berputus asa ttg liku2 hidup yg di alaminya .Org yg ikhlas sudah membulatkan tekad yg dirinya adalah milik Allah dan Allah yg menentukan segala2nya. Hamba yg ikhlas akan tetap menjalankan kehidupannya spt biasa berusaha mencapai kejayaan dlm hidup dan berjihad ke jln Allah.Sungguhpun apa yg dia usahakan tidak membuahkan hasil, dia tetap akan terus berusaha.Walaupun jihadnya menegak kan agama Allah mendapat tentangan,namun dia terus berjihad tanpa mengambil peduli apa yg akan terjadi.

Jika segala yg di usahakannya mendapat hasil, maka dia akan mengucapkan AlHamdulillah.Jika apa yg di usahakan masih belum membuahkan hasil,dia tetap pasrah menerima kenyataan krn tiada daya upaya dan kekuatan melainkan DariNya..namun dia tidak berputus asa dan akan terus berusaha.

Sesungguhnya kita tidak akan di tanya olehNya - 'mengapakan anda tidak mencapai kemenangan dan berjaya'? Tetapi Dia akan bertanya ' mengapakah anda tidak berusaha dan enggan berjihad?

Merasa gembira jika kawan atau saudara memiliki kelebihan dan mengecapi kejayaan
- Seorang yg ikhlas akan sentiasa berlapang dada terhadap orang lain dan merasa gembira kawan atau teman atau saudara2nya mencapai kejayaan dan memiliki kelebihan..Orang yg tulus ikhlas juga tidak teragak2 utk memberi laluan kpd rakan2 atau temannya yg mempunyai kemampuan dan kebolehan yg sama dgn beliau utk menerajui kepimpinan atau memangku jawatan yg di sandang oleh sesebuah organisasi..Orang yg ikhlas adalah org mempunyai kesucian dan kebersihan hati dari sebarang kekotoran atau penyakit hati.Justeru itu utk merasa tergugat,dengki atau cemburu dgn kejayaan org lain tidak mungkin wujud sama sekali.Mereka juga tidak lokek dlm memberi pujian (walaupun mereka takut dipuji) kepada teman2 yg memiliki kebolehan dan kejayaan serta sentiasa mendoakan kesejahteraan serta kejayaan teman2 nya dlm apa jua lapangan.

Sifat Tidak Ikhlas- mengapa ianya terjadi?:

Utk mencapai keikhlasan bukanlah semudah yg di sangka,krn sesungguhnya manusia dan hatinya akan mudah saja tertarik dgn hal duniawi yg memberi kemudahan serta kesenangan utknya.Jika ianya tidak di kawal , maka ianya akan menjerumuskan kita kpd penyakit hati yg kronik dan menjadi 'gila' kerana dunia lantaran obsesnya dia terhadap pangkat,harta,kedudukan,duit,
Kemasyuran dan lain2. Berikut di antara beberapa sebab yg menjadikan manusia tidak Ikhlas :

-Berasa dirinya lebih penting sehingga persatuan seperti tidak boleh bergerak tanpa kehadirannya.

-Mempunyai agenda peribadi seperti mahu menonjolkan diri dan mengharap penghargaan.Begitu juga mereka yg membuat strategi 'membuat kebaikan' krn inginkan imbuhan seperti pangkat,kemasyuran dan pujian

-Terlalu lama menyandang jawatan sehingga menganggap dia adalah persatuan dan persatuan adalah dirinya.
Pada dia,hanya dia saja yg layak utk jawatan tersebut dan mempersoalkan mengapa perlu dia lepaskan pd org lain?

-Berasa diri lebih hebat dalam segala bidang sehingga mengetepikan pandangan pihak lain.Sikap ego dan takbur

-Sentiasa berpandangan negatif terhadap orang lain dan memperkecilkan segala usaha yang dilakukan dan dalam pada itu menonjolkan diri dan menceritakan usaha2 serta idea2 beliau yg kononnya lebih bernas dan 'gah' dari org lain

-Memperbesar kesilapan dan kekurangan seseorang dan menjadikan senjata untuk menjatuhkannya.Kerana dgn membesarkan kesilapan org dan berjaya menjatuhkan orang bermakna ianya mempunyai peluang utk merebut kedudukan org tersebut dan menonjolkan diri sbg lebih sempurna dan baik di mata org lain

-Memperlekeh apa jua sumbangan daripada teman-teman.

Kebaikan Sikap Ikhlas:
Mereka yg telah mencapai piawaian ikhlas seperti yg di mahukan oleh agama,pastinya mempunyai aura positif terbit dari dirinya :

Sumber ketenangan jiwa
- Ikhlas mampu melahirkan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati sehingga dada menjadi lapang.Ini kerana keredhaan Allah adalah matlamat utama mrk dan pastinya mereka mengikut jln yg lurus yg menghantar mrk kepada keredhaan Allah dan sekaligus mampu membebaskan manusia dari kekotoran jiwa krn memikirkan keinginan manusia2 lain dan memuaskan hati mereka
Jgnkan mereka,malah apabila kita memandang wajah org yg ikhlas juga akan membuatkan kita rasa sejuk dan tenang.Ini kerana wajah org yg ikhlas akan terpacar 'nur' walaupun mungkin dia bukan seorang yg kacak atau cantik

Sumber kekuatan Jiwa
-Ikhlas dapat memberikan kekuatan jiwa kpd seseorang.Kerana sedari awal matlmat hidupnya adalah mengikhlaskan jiwa dan raganya utk mencari keredhaan Allah dan Pahalanya. Orang yg ikhlas ini berlawanan dgn org yg rakus dgn kebendaan dan kesenangan duniawi seperti pangkat,harta dan jawatan.Mereka yg berpaksikan kpd kebendaan semata2 dlm hidup mereka adalah orang yg lemah dan iman mereka sgt rapuh.

Orang yg ikhlas tidak semudahnya akan terpengaruh dgn keadaan yg mengiurkan dan tidak akan sekali2 tunduk dan undur krn ancaman dan tekanan.Dia tak semudahnya akan berpaling dan menjadi hina krn kerakusan terhadap kesenangan duniawi krn pedoman mereka adalah Nabi Muhammad saw yg menolak pangkat dan kesenangan yg di tawarkan utk menghentikan dakwahnya.

Kekuatan dan istiqamah dlm kehidupan:
-Orang yg ikhlas akan sentiasa bersikap positif dan di antara pengaruh keikhlasan terhadap seseorang ialah semangat bekerja secara berterusan.Berbeza dgn org yg bekerja krn inginkan perhatian org demi memenuhi tuntutan nafsu,mrk tidak akan bertahan lama dlm bekerja.Begitu juga yg bekerja krn mempunyai agenda tersendiri dlm mendapatkan kedudukan dan pangkat,akan bermalas2an jika apa yg di hajati tidak tercapai.Begitu juga yg suka membodek di dpn ketua, akan menghentikan usaha dan pekerjaannya jika ketuanya sudah tiada.Hal ini bertentangan dgn org yg ikhlas.Mereka tidak kenal erti malas atau santai,mereka terus bekerja demi keredhaan Allah. Maka tidak hairanlah jika bijak pandai org soleh dahulu mengatakan 'semua pekerjaan yg di lakukan krn Allah akan kekal dan berterusan dan pekerjaan yg di lakukan bukan krn Allah akan musnah'

-Benteng terhadap perkara keji dan mungkar:
Sesungguhnya org yg ikhlas adalah kelemahan iblis dan iblis sememangnya telah berikrar ketika di usir dari syurga yg dia akan sesatkan seluruh umat manusia kecuali mereka Ikhlas beribadat kepada Allah.Ibadah yg ikhlas mampu mencegah seseorang dari perkara keji dan mungkar.

Perihal Ikhlas dan manusia
- Seperti yg di huraikan di atas ,betapa ikhlas utk memurnikan setiap tindak tanduk serta amal maaruf semata2 krn Allah bukanlah sesuatu yg mudah.Namun ianya tidak mustahil utk di lakukan.Ikhlas itu sinonim dgn kesucian,kebersihan,ketulusan kita dlm beribadah kepada Allah dan juga berkhidmat utk masyarakat.Manusia yg mencapai tahap keikhlasan yg tinggi akan dinaik kan darjatnya oleh Allah. Ikhlas menjadikan seseorang itu luarbiasa dan istemewa dari yg lain.Hamba yg ikhlas adalah sangat di takuti oleh iblis dan bala tentaranya krn di saat manusia telah berjaya melawan hawa nafsu dan mencapai tahap keikhlasan yg tinggi adalah bukti pd kekalahan iblis dlm misinya menyesatkan seluruh umat manusia.

Kita semua sedia maklum tentang sejarah Nabi Adam A.S di mana kesombongan iblis utk enggan sujud pd Nabi Adam mengundang kemurkaan Allah lalu di usir dari syurga dan di laknat Allah.Namun sebelum itu, Iblis telah bersumpah akan menyesatkan seluruh umat manusia krn di sebabkan manusia,dirinya di laknat dan di usir. Allah memperkenankan permintaan iblis namun Allah memberi jaminan hanya hambanya yg ikhlas beribadat tidak akan semudahnya di sesatkan oleh iblis.Firman Allah dlm Al Isra' 61-65

17-61: Dan (ingatlah), tatkala Kami (Allah) berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia (iblis) berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau (Allah) ciptakan daripada tanah?"
17-62: Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau (Allah) muliakan melebihi diriku? Sesungguhnya jika Engkau (Allah) memberi kesempatan kepadaku sampai hari kiamat, nescaya aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".
17-63: Dia (Allah) berfirman: "Pergilah! Sesiapa antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya Neraka Jahanam adalah balasanmu semua, sebagai pembalasan yang penuh.
17-64: Dan perdayakanlah sesiapa yang kamu sanggupi antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
17-65: Sesungguhnya hamba-hamba-Ku yg ikhlas beriman , kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Rab (Tuhan)mu sebagai al-Wakil (Pelindung)"

Iblis juga bersumpah di depan Allah akan menyesatkan seluruh umat manusia kecuali mereka yg ikhlas beribadat pd Allah.

"Berkata iblis: Hai Tuhanku, demi sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu semuanya.
"Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas."
(Surah al-Hijr: 39-40.)

Keikhlasan adalah pengorbanan..mereka yg ikhlas tidak akan menghitung apa jua pengorbanan mereka pada dakwah dan agama..termasuklah membelanjakan harta nya ke jln Allah dan melepaskan sesuatu yg di sayangi demi keredhaan Allah..Keikhlasan dlm beribadah menuntut kita mempunyai satu tujuan iaitu - Kerana Allah.Ibadah atau amal kebaikan yg di lakukan bukan kerana Allah tidak akan di terima.

Mari kita imbas sejarah Qabil dan Habil- putera2 Nabi Adam.Ketika Allah menurunkan perintah perkahwinan demi mengembang zuriat manusia ketika itu.Tapi ianya perlu bersilang.Qabil perlu mengahwini Labuda (saudara kembar Habil) dan Habil perlu mengahwini Iqlima (saudara kembar Qabil).Akan tetapi Qabil membantah kerana Labuda adalah wanita yg tak cantik dan dia berhak mengahwini Iqlima kembarnya sendiri yg cantik.Lalu pertelingkahan berlaku.Maka turunlah wahyu kepada Nabi Adam memerintah 2 putera nya utk mempersembahkan qurban kpd Allah.Barangsiapa qurbannya di terima,maka dia berhak mengahwini Iqlima.Habil yg bekerja sbg gembala kambing atau Kibash telah mengorbankan binatang ternakannya yg gemuk dan sihat kepada Allah manakala Qabil yg bekerja sbg petani menanam buah2an dan tanaman2 lain telah sedikit di pengaruhi oleh bisikan iblis dan terus menerus terpengaruh dgn pujukan iblis ' mengapa perlu kau mengorbankan tanaman2 mu yg elok,bukankah kau telah membanting tulang selama ini beberapa tahun utk melihat hasilnya dan dgn mudah kau ingin mengorbankannya? Lalu Qabil memutuskan utk mempersembahkan tanaman2 gandum yg kurang elok serta busuk.

Lalu kedua2nya mempersembahkan qurban masing2. Nabi Adam berdoa kepada Allah supaya menerima qurban anak2nya.Akan tetapi pastinya Allah menilai keikhlasan seseorang utk menerima qurban hambanya.Dlm hal ini sudah pastilah qurban Habil di terima krn keluhurannya mengorbankan sesuatu yg terbaik demi utk Allah.Manakala Qabil sedari awalnya amat berbelah bagi dlm soal jodoh dan kemuncaknya mempengaruhi niatnya utk berkorban.Ketidaksanggupan nya utk mengorbankan yg terbaik utk Allah dan berbelah bagi utk mempersembahkan tanamannya yg baik menyebabkan qurbannya tertolak.


Ikhlas dlm konteks kehidupan sekarang :

Ibadah pd Allah- Seperti dah di bentangkan di atas, setiap ibadah atau apa saja amal baik yg di lakukan perlulah berpaksikan pd Allah yg maha esa.Beribadahlah dgn ikhlas semata2 kerana keredhaan Allah bukan atas niat lain.Yg menjadi trend sekarang amal baik yg di buat boleh saja di ragui keikhlasan mereka.Contohnya lah tentang Haji.Ada sesetengahnya amat mendambakan panggilan gelaran Haji ke atasnya selepas pulang dari tanah suci.jika tak di panggil boleh menjadi berang dan kecewa ' penat je aku berabis beribu2 buat haji kat Mekah tapi takde sorang panggil Haji'- di manakah keikhlasan kita beribadat jika kita masih berkira2 tentang pengiktirafan,sanjungan,puji2an dari manusia?dan lebih teruk jika mrk yg kurang ilmu ni riak kerana kemampuan mereka pergi ke sana. Atau contoh lain korang pernah tgk tak cerita P Ramlee Haji Bakhil? Pastinya korang tau Hj Bakhil ni mmg susah nak menderma.Boleh jadi demam kura2 kalau keluar duit.Tapi kerana niat ingin memikat wanita yg bernama cikgu Murni,tetiba dia jadi seorang yg dermawan bukan kerana Allah akan tetapi kerana mempunyai agenda peribadi..- ini juga tidak boleh di terima krn niatnya lebih pd motif peribadi

Berteman dan bersahabat :
Ada org cakap berkawan biar seribu namun apakah niat kita dlm berkawan dgn seseorang ? Jika kerana ingin menjalinkan ukhuwah di samping menimba ilmu dan mengambil contoh2 positif dlm diri seseorang adalah amat di galakkan.Akan tetapi jika berkawan kerana mempunyai agenda tersendiri dan berniat serong - maka inilah kawan yg tidak ikhlas.Perbetulkan lah niat kita dlm berkawan krn kawan yg tidak ikhlas umpama duri dlm daging.Seseorang yg suka memandang kebendaan dan pangkat dlm menjalinkan persahabatan dan mengabaikan kawan2 yg susah senang bersama,maka inilah contoh orang yg tidak ikhlas dan gila duniawi.

Bekerja:
Bekerjalah kita dgn ikhlas utk mencari nafkah hidup dan keredhaan Allah.Mereka yg ikhlas bekerja tidak pernah kenal erti buang masa,santai dan sentiasa tekun,amanah.Keikhlasan mereka mampu membenteng mereka dlm salah laku kerja seperti rasuah,penyelewengan,pecah amanah krn mereka takut pd yg Maha melihat setiap tindak tanduk mereka.Orang yg mempunyai agenda duniawi pastinya tidak mampu melakukan pekerjaan dgn ikhlas.Malah mrk berpura2 dpn ketua utk menonjolkan dia yg terbaik dan sering menikam orang lain dan menjatuhkan mereka demi pangkat dan kuasa- ini adalah terkeluar dari matlamat kita dlm mencari keredhaan Allah.Ketidakikhlasan kita dan juga kejahatan kita menganiaya pastinya akan mendapat balasan setimpal.

Kemasyarakatan
Apabila kita melakukan segala aspek kehidupan dgn ikhlas,maka tenaga kita pd orang ramai juga bukanlah sesuatu yg sukar utk di sumbangkan tak kiralah dlm aspek fardhu Ain dan fardhu kifayah. Sumbangkanlah tenaga anda di atas keperluan org ramai dgn ikhlas tanpa meminta pengiktirafan atau imbuhan.Muliakan majlis kemasyaratan yg di anjurkan tanpa mengira status siapa yg menganjurkan dan tanpa menyoal byk .Ini yg menjadi trend sekarang bila yg buat majlis ni takde nama dan kurang berpengaruh malah miskin, takde pulak yg datang utk memenuhi undangan.Tapi kalau orang kaya dan berpengaruh, jemput2 ayam pun datang..hindarkanlah sikap pilih kasih jika anda ikhlas sesama manusia demi keredhaan Allah.

Itulah saja celoteh serta karangan panjang mengenai Ikhlas.So macam mana korang? Apakah kedudukan kita sekarang? Apakah piawaian keikhlasan kita menepati apa yg di mahukan oleh agama? Hanya kita saja yg mampu menjawab soalan utk diri sendiri ni.

Di harap tulisan aku yg tak seberapa ni dapat memberi sedikit info dan juga semangat utk kita menjalani kehidupan dgn ikhlas.Jika kita selama ni rasa rendah diri tiada siapa yg memandang kepada kita dan menghina kita, maka aku sudahi satu pesanan dari seorang bijak pandai
Fadhil bin Iyadh

'Jika anda mampu utk tidak di kenali oleh orang lain,maka laksanakanlah.Anda tidak rugi jika sekiranya anda tidak terkenal.Anda juga tidak rugi jika tidak di sanjungi oleh orang lain.Demikianlah juga anda jgnlah gusar jika anda menjadi org yg tercela di mata manusia,tetapi menjadi manusia yg terpuji dan terhormat di sisi Allah..'

Sekian saja..aku sudahi dgn kata2 ' biar penduduk bumi mencela kita krn kemiskinan atau kekurangan asalkan kita di pandang mulia oleh penduduk langit yg sentiasa mendoakan kesejahteraan ke atas kita..

Sumber rujukan -
1) Dr Yusof Al Qardhawi- Ikhlas
2)Kisah Nabi2 dlm Alquran-buku
3)Beberapa ayat dari pemikiran aku.

Istidraj

Aku tak solat,minum arak ,zina tapi aku berjaya je,duit aku makin banyak,apa aku nak semua dapat -AWAS..anda mungkin berstatus istidraj..


Istidraj..

Dialog2 kehidupan

'Cuba kau tgk aku,berjaya je, apa je aku usahakan semua aku dapat,maka dgn ini terbukti doa bukan memainkan peranan , usaha dgn kepandaian kita tanpa doa juga boleh membuahkan hasil.Dan ini hasil dari kepandaian aku'


'Siang dan malam kau ulangkaji pelajaran, sampai kau sibuk nak nasihatkan aku suruh belajar dari berfoya2,sekarang result keluar ternyata aku lagi hebat dari kau'


' Kau tu yang tak pandai kot, aku ni senang je dapat kerja, malah byk je peluang aku dapat, kau tu susah sgt kenapa? rezeki aku melimpah ruah walaupun aku tak solat,minum arak,berfoya2.yg kau merugikan masa muda je tak enjoy'..

'Betapa sedihnya hidupku,orang lain dapat apa yg mereka nak dlm hidup dgn senangnya walaupun mereka kufur dlm mengingati Allah namun rezeki mereka byk,sedangkan aku yg tak putus2 berusaha dan berdoa masih belum lagi mendapat apa yg aku nak dan setiap yg dicitakan tak pernah kesampaian..'

'Kecewanya aku, orang lain berfoya2 tak study tapi result mereka bagus2 sedangkan aku yg bertungkus lumus menelaah pelajaran di samping tak lupa pd tanggungjwbku sebagai hamba mu tak dapat kecemerlangan yg aku impikan, apakah aku terlalu teruk ya tuhan ?


Itu di antara dialog yg kita selalu dgr tentang keluh kesah hidup dari manusia dalam meniti cabaran..ada yg berusaha sedikit tapi hasilnya banyak, ada yg kuat berusaha ,rajin berdoa dan beribadat tapi hasilnya sedikit malah tak berhasil langsung..adakah ianya petanda Tuhan sayang pd mereka yg berjaya dan tak sayang pd kita yg gagal dan kecewa ? Jgn sekali2 berfikiran begitu..

Mengapakah mereka yg sering melakukan maksiat spt tidak solat,zina,arak dan mcm2 lagi namun mereka mendapat kemurahan rezeki yg tak putus2,kejayaan dan sentiasa mendapat apa yg di hajati ? Inilah yg di namakan Istidraj ..

Istidraj ialah adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya..
dan terus menerus melakukan maksiat.

Atau istilah lain menyebut 'Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Sabda Nabi saw':“Bila engkau melihat Allah memberi seorang hamba apa2 yg dia sukai sedangkan dia melakukan maksiat,maka itu tidak lain adalah istidraj..

Firman Allah :

Dalam ayat yang ke Al An'Am 44, Allah SWT telah berfirman:

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)"


Lihat lah apa yg terjadi kpd Qarun di zaman Nabi Musa..Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Maka haruslah kita sentiasa muhasabah diri supaya pengakhiran kita tidak seperti Qarun..jika anda seorang yg suka melakukan maksiat dan mendapat rezeki dan kejayaan, jgnlah mendabik dada ,tanyalah diri anda akan kualiti anda sbg hamba Allah.

Jika anda sentiasa berada di atas jln yg lurus namun segala doa dan hajat tidak di makbulkan,jgnlah mudah berputus asa dan seterusnya marah pd takdir yg menimpa.Sememangnya anda di sayangi oleh Allah, maka dgn sebab itu anda di uji utk di naik kan darjat yg mulia di sisiNYA..

Firman Allah :

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Bersangka baiklah kepada Allah di atas ujian dan penangguhan segala keinginan yg kita mahukan kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita dan hikmah di sebaliknya :

firman Allah dalam ayat 216 surah Al-Baqarah :
Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan yang demikian itu baik untukmu, begitu juga barangkali kamu mencintai sesuatu sedangkan yang demikian itu tidak baik untukmu..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda seorang yg gemar berbuat dosa maksiat dan dlm waktu yg sama anda berjaya dan sentiasa murah rezeki. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT...

Moga beroleh manfaat bersama atas info ni