Friday, August 27, 2010

Perihal Fitnah..

Dah lama aku nak tulis pasal benda ni.. tapi baru sekarang aku terpikir nak kaji mengapa Dosa sebegini makin menjadi-jadi di zaman sekarang dan sapa-sapa saja boleh terdedah dgn bahaya fitnah tanpa mengira status kita samada miskin atau kaya,cantik atau tak cantik, kacak atau tak kacak, orang biasa,alim atau fasik,,orang kenamaan, berpangkat atau kuli dan semua manusia lah aku rasa..

Sangatlah haru pada aku apabila perbuatan fitnah ni yg berusia beribu-ribu tahun dahulu menjadi kebiasaan hingga ke zaman ini dan semakin berleluasa..

Zaman yg penuh mencabar orang kata.. atau sebenarnya kita menuju ke akhir zaman tu pasal fitnah berleluasa- Di antara petanda-petanda Hari Kiamat. Sering aku terpikir, apakah yg mendorong manusia membuat fitnah dan berani melakukannya tanpa sebarang rasa gentar di hatidan tanpa sebarang takut di atas bebanan dosa yg bakal di pikul.. apakah kerana kepuasan di hati adalah lebih utama dari rasa takut pada Allah tanpa mengambil kira risiko yg bakal di hadapi di dunia jika di balas dan di akhirat..? hanya si pembuat fitnah saja yg tau apa matlamat utama di hati mereka..yg bestnya fitnah ni boleh saja berlaku di merata-rata tempat - kat office,kat tempat tinggal,kat kampung,kat bandar..


Sejak aku kecil seawal darjah 5, aku start explore diri aku dgn terjemahan Al Quran bila mana aku terpaksa menyemak kamus apa ke maksudnya perkataan 'FITNAH' tu.. ye lah masa tu time kecik-kecik manalah aku reti segala perkataan2 yg tinggibahasanya.. pun aku tak reti gak bila segala ayat skema pengertian dalam bahasa tu lalu aku tanyalah sesapa yg boleh explain dgn bahasa yg mudah ..lalu jawapan nya - Alah, orang tuduh kita buat benda yg kita tak buat itulah fitnah namanya .. ohhhh barulah aku paham...

Bila aku masuk tingkatan 3, ada sylabus dlm pendidikan islam menyentuh topik 'fitnah'.. So kalau ada sesapa yg cakap dia tak tauyg buat fitnah ni berdosa besar maknanya dia tipu lah...ekekekekekeke..


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.Di dalam islam terdapat beberapa dalil yg menyebut tentang dosa fitnah ni



Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.†(Surah al-Baqarah, ayat 191)


Dan kita sebagai manusia yg rasional,perlulah membuat pertimbangan yg sewajarnya jika ada sebarang pengaduan dan perkhabaran yg kurang elok membabitkan pihak lain supaya penganiyaan tidak berlaku dalam masyarakat..

selaras dgn firman ALLAH :

œWahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.†(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Walaupun apa pun keadaannya,fitnah adalah di larang dan dlm Islam tiada apa2 kompromi untuk membenarkan sebarang bentuk fitnah di sebarkan biarpun untuk tujuan apa sekalipun..


Yang mendorong manusia melakukan fitnah..



Kurang penghayatan agama

Aku percaya setiap orang telah dididik dan di asuh oleh ibu bapa mahupun guru,ustaz/ustazah dalam kelas agama betapa fitnah adalah saru perbuatan yg tak baik.. dari sudut agama ianya dilarang dan menjuruskan kitakpd dosa besar.. kalau ada yg kata diaorg tak tau hukum fitnah ni berdosa rasanya sukar utk diterima akal..akan tetapi berapa ramaikah yg benar2 menghayati ajaran yg terkandung dlm agama sehingga ianya boleh menyekat kita dari melakukannya? kebanyakan di antara kita tahu akan hukum dan hakam namun utk menghayati ajaran mungkin banyak yg je yg kurang menghayati dan tak pulak rasa takut nak berbuat fitnah ke atas manusia.Sebab mereka yg takut akan balasan azab pedih di kemudian hari saja yg akan berpegang kepada hukum..Yang lainnya.. ntahlah.. ada lak yg jenis 'buat dulu,esok lusa kita taubat lah'- hahahahaha singkat punya pemahaman..Ingat boleh main taubat mcm tu je ke tanpa meminta maaf pd org yg kita fitnah?


Penyakit Hati -Dengki ..

Sememangnya inilah penyakit hati yg sgt merbahaya.. - mampu membakar setiap amalan yg kita buat dan akhirnya sia-siasegala amalan kita .. dengki dalam erti kata tidak senang melihat kejayaan,kebahagiaan,kesenangan yg di miliki oleh oranglain..di sebabkan rasa dengki yg meluap inilah mendorong manusia menjadi tak rasional dan sanggup melakukan apa saja demi ingin melihat org yg di dengkinya itu dlm kesusahan/bahaya.. maka salah satu cara yg melunaskan rasadengki mereka adalah dgn membuat fitnah supaya mereka sengsara jika fitnah itu berhasil dan akan merasa puas jika org yg berada di puncak jatuh ke bawah hasil dari fitnah .. kekadang manusia ni macam2. bila org berjaya dalam pelajaran pun dengki,berjaya dlm kerjaya pun dengki, berjaya dalam perniagaan pun dengki,mengecapi bahagia bersama orang yg tercinta pun dengki.. pendek kata semua benda pun nak didengkinya..


Ada jugak yg terdorong membuat fitnah ni apabila segala hajat di hati tidak tercapai- contoh jika si polan berhajat nak kahwin dgn perempuan cantik yg menjadirebutan semua org, maka apabila hajat tak kesampaian dan bunga pun terlepas dari genggaman maka hati menjadi rosak di atas kekecewaan tidak dapat memiliki lantas mencari berbagai jalan utk menghancurkan kebahagiaan si perempuan dgn menabur fitnah sehingga rumahtangga mereka hancur..

Jadi, sentiasalah bersihkan hati dari sifat2 tercela dgn dekatkan diri pada Allah.. supaya kita mampu bersikap rasional dan tak mudah terjerumus kepada perbuatan mungkar yg menjadikan amalan kita sia-sia


Ingin menutup kesalahan sendiri..

Percaya atau tidak di sebabkan ingin menutup kesalahan sendiri supaya tidak di hidu oleh orang lain di khuatiri akan berdepandgn tindakan mendorong seseorang utk melakukan fitnah terhadap orang lain supaya dia terlepas dari bebanan tuduhan /kesalahan..Ianya lebih pada tindakan terdesak.. senario macam ni boleh di lihat di mana2.. terutama di tempat kerja.. dia punya salah lepas tu propa kat orang atas konon kita lak yg tak buat kerja sampai terjadi sesuatu yg di ingini.. lalu kita di panggil utk memberi penjelasan..


Prasangka tinggi

Di sebabkan kelakuan kita berprasangka tinggi pada seseorang,under estimate keupayaan orang maka kita terdorong utk melakukan fitnah secara tak di sedari. Sebab kita yg set mind kita tentang si polan seharusnya tak lebih dari apa yg kita jangka , lalu kita mudah saja jadi buruk sangka bila apa yg kita fikirkan tak sama dgn apa yg dimiliki oleh seseorang..Sbg contoh jika seseorang wanita yg kerja sekadar biasa2,bekerja keras siang dan malam dan akhirnya berjaya membeli sebuah kereta biasa, maka org mudah buruk sangka atas kemampuan orang lain akan pasti memikirkan kesimpulan sebegini ' alah., hari2 kerja balik malam2 , ntah2 jadi perempuan simpan vip, tu yg dapat beli kereta tu gen2.. berapa sgtlah gaji dia kalau nak di bandingkan dgn gaji anak aku yg pegawai tu ' ..Isk.. isk makcik oi, jgnlah buruk sangka sgt.. kita tak tau tak boleh nak tuduh melulu.. mana tau dia kerja keras overtime sampai mlm semata-mata kumpul duit nak beli kereta.. kita lak buat mulut.. yg tak sedapnya kalau prasangka tu simpan dalam hati ok gak lah tapi pi hebahkan mulut ke mulut membawa cerita fitnah .. kan ke huru hara jadinya..jadi,jgn mudah sgt nak buruk sangka tak tentu pasal..



Keinginan memberi keaiban pada orang lain -dendam

Fitnah ialah salah satu cara utk mengaibkan orang sehingga orang lain supaya mereka mempunyai dua pandangan yg berbeza pd kita dan hilang kepercayaan pada kita .Ini mungkin di dorong oleh rasa tak puas hati seseorang pada kita lalu memikirkan cara mcm ni sebagai utk menjejaskan imej bersih kita di mata orang.. lalu berlaku pergolakan kesudahannya.. pada sesapa yg mengenali kita secara dekat, mereka pastinya tak kan mudah percaya akan sesuatu yg buruk di sampaikan tapi jika mereka yg tak berapa mengenali kita mungkin akan mempunyai pandangan berbelah bagi pd kita dan lebih memburukkan keadaan jika mereka pun tumpang sekaki menyampaikan cerita yg tak sahih tu sana sini..



-Keinginan utk di lihat hanya dia saja yg 'bersih dan hebat' di mata orang..

Sama ada korang nak percaya atau tak, si pembuat fitnah yg tegar boleh saja membuatfitnah pada sesapa saja walau orang itu tidak memberi kesan ,tidak membuat salah danbukan pula saingannya dalam apa jua lapangan..Ini kerana si pembuat fitnah ingin dilihat yg terbaik di mata orang dan dgn itu mereka akan memfitnah sesapa saja krn iri hati dgn imej 'bersih' orang yg difitnah.. dalam erti kata lain si pembuat fitnah seperti ini sebenarnya laparkan pujian dari orang lain dan harapan mereka setelah memfitnah seseorang,biarlah segala pujian melambung itu beralih padanya..


Tabiat sejak kecil- Bercakap bohong..

Apabila kita sudah terbiasa bercakap bohong sejak kecil membawa pada remaja dan seterusnya dewasa, tidak mustahil orang seperti ini mudah saja membuat fitnah pd orang lain.. ini adalah 'penyakit' sebenarnya..Sebab mereka sudah terbiasa dgn pembohongan lalu bukan menjadi janggal utk mereka membuat fitnah mengada2 kan cerita palsu di sebabkan penyakit yg dibawa sejak muda..


Yang selalu orang kaitkan mengenai fitnah:

Fitnah yg membabitkan kehormatan/maruah diri- Dari zaman dulu sampailah sekarang, fitnah yg membabitkan kehormatan diri adalah method yg paling popular yg di gunakan oleh pembuat2 fitnah.. ini adalah senjata yg paling ampuh dan berkesan utk menjejaskan kedudukan seseorang dgn sekelip mata kerana masyarakat kita sangat sensitif dalam hal-hal yg membabitkan kehormatan diri/maruah seperti tuduhan berzina, skandal dgn sesapa,perlakuan sumbang dan sebagainya.. Tambahan pula kita mempunyai mindset setiap manusia tak kan mampu nak menahan godaan nafsu walau dia alim.. Di sebabkan mindset begini yg adakalanya mendorong manusia percaya saja bulat2 setiap perkhabaran yg kurang elok tanpa usul periksa .Oleh kerana manusia mmg akan cenderung utk membuat fitnah2 mcm ni, maka sebab itulah Allah menetapkan syarat setiap pertuduhan harus di datangkan dgn 4 saksi lelaki yg adil dan tidak fasik.. dan di sebabkan wanita lebih terdedah dgn fitnah termasuk wanita beriman juga tidak terlepas dari fitnah seumpama itu, maka Allah juga menetapkan hukuman keras sebatan 80 kali kepada mereka yg menuduh perempuan suci berzina dan keterangan mereka tidak boleh di terima buat selama-lamanya.. (hukum qadhaf)Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." Surah An Nur ayat 4Ada sesetengah mengatakan hukum Qazaf ini juga meliputi semua tak kira lelaki atau perempuan ..sebab lelaki suci juga adakalanya di fitnah..Jadi perlakuan menuduh manusia suci berzina akan termasuk dlm hukum Qazaf.



fitnah yg membabitkan penyalahgunaan kuasa/duit

Ianya adalah di antara yg popular utk menjatuhkan seseorang khususnya pada merekayg memegang jawatan penting dlm sesebuah organisasi.Selalunya orang yg bersaing dgn kita dlm sesebuah jawatan akan mudah mencari kelemahan kita dan mereka tak kan rasa ralat jika fitnah adalah senjata yg ampuh dlm usaha menjatuhkan orang dgn harapanmereka akan memangku jawatan yg di tinggalkan..lalu mulalah menyebarkan berita sana sini konon kita tak amanah,makan duit,pilih kasih dan sebagainya.. cuba kita baca sejarah Saidina Uthman bin Affan yg difitnah dan akhirnya membawa kepada pembunuhanbeliau oleh puak ekstremis islam..



Fitnah yg membabitkan kuasa mistik/paranormal

Yang ini pun popular gak di kalangan masyarakat kita.. bila sakit sikit yg pelik mulalah syak yg bukan2. Pulak tu main tuduh je orang lain konon bela hantu raya yg menyebabkan seseorang sakit dan sebagainya..Dah tu sebarkan kat semua orang dan orangpun pandang kita semacam..

Selain dari tu, ada gak bomoh yg kurang akal main hentam je bercakap bila orang mendapatkan rawatan..bila di tanya mulalah main cakap 'ini kawan awak si polan yg buat awak '- walhal org tu bersih dari kelakuan menganiaya .. di sebabkan mulutmacam ni lah yg akan menimbulkan syak pd si sakit dan jika tak matang berfikir maunya berlaku permusuhan.



Kesan dari Fitnah

Masyarakat Porak peranda..Di sebabkan fitnah , ianya mampu memporak perandakan kerukunan dan keamanan setempatdan seterusnya membawa kpd perpecahan dalam hidup masyarakat.. kerana fitnah akanmenyebabkan satu situasi kepada pihak yg di aniya terpaksa berhempas pulas menepisdakwaan demi mempertahankan diri dari terus di hukum dan di cela- yg mana ini benar2menyusahkan kita.

Di samping itu fitnah boleh menggugat keamanan dan kerukunan sesebuah perkahwinan..Jika tidak di halusi dgn fikiran matang dan sabar, salah satu pihak tidak kira suami atau isteri boleh saja melatah dgn perkhabaran yg tidak elok di bawa oleh pihak ketiga dan seterusnya membawa kepada perceraian.. bukankah ini tak sepatutnya berlaku?


Hilang hidayah dan mendapat murka dari Allah-Manusia yg melakukan fitnah akan di sempitkan hati mereka dan mereka seolah2 sepertiorang hilang akal dan pertimbangan..hidup mereka penuh dgn kebusukan dan kebusukan itu akan menghitamkan hati mereka terus dari mendapat petunjuk dari Allah . itu pasal yg buat fitnah ni hati diaorg 'kering' dan adakalanya mcm kelam kabut sikit hidupnya krn tiada keberkatan di samping sumpahan/doa orang yg teraniya .. mana taknya,mereka takut dgn bayang2 sendiri dan orang seperti ini pasti akan di balas Allah kerana doa org yg teraniya akan di makbulkan Allah.Kifarah yg kita terima krn membuat fitnah bukan saja pd diri kita malah adakalanya orang yg tak bersalah seperti anak,cucu,cicit kita menerima 'tempias' nya dari balasan Allah kepada kita.Jadi seluruh keturunan kita akan seperti tidak aman hasil dari perbuatan kita..



Keaiban dan Penganiyaan

Di sebabkan fitnah, ianya telah mencemarkan imej ,kemuliaan dan status seseorang di mata umum.. dan seterusnya memberi keaiban dan penganiyaan pada mangsa dlm jangka waktu yg panjang..Jika ianya membabitkan hukuman, pastinya penganiyaan sebegini sesuatu yg pedih utk ditanggung oleh seseorang ..jika membabitkan maruah yg tercalar, mangsa pastinya mengambil masa yg lama utk menyakinkan orang lain akan kebenarannya.. orang kata kepada sesapa yg mengenali kita ,pastinya akan mempercayai kebenaran kita tapi sayangnya bukan semua pulak yg kenal kita.. pada yg tak kenal kita, bagaimana pula nak yakinkan mereka? Justeru itu fitnah adalah sesuatu yg menyakitkan kepada mereka yg teraniya.



Imej buruk di mata pihak lain- Islam adalah agama yg suci dan islam adalah cara hidup .Justeru itu,hayatilah setiap ajaran2 murni yg terkandung.. jika kita leka dan mudah terikut2 dgn gejala negatif yg merosakakn seperti membuat fitnah sebegini, ini akan memberi imej buruk kita pd mata pihak lain seolah2 kita sbg orang islam ni seperti dah kurang kerja yg berfaedahutk di lakukan dan kita di lihat sbg mudah terikut2 tanpa sebarang budi bicara yg rasional..jika sesebuah kelompok masyarakat terbabit dlm gejala mcm ni maka dgn automatiknya kita telah memberi petanda yg nilai agama telah hilang dari sesebuah kelompok masyarakat.


Berat Hisab di Akhirat..Mereka yg suka membuat fitnah kelak di akhirat akan di beratkan hisabnya jika mereka tidak sempat mengaku kesalahan dan meminta maaf pada orang yg difitnahnya..kerana fitnah membabitkan dosa sesama manusia dan manakan akan terampun jika kita tak berselesai dgn orang yg kita aniaya..maka kita menjadi muflis di akhirat kerana fitnah boleh menghilangkan segala pahala kita dan kemudian di campakkan ke neraka..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.†(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)'



Kisah-kisah Fitnah..

Rasanya,setiap huraian tak kan lengkap tanpa sebarang contoh2 fitnah.. dgn itu mari kita baca beberapa kisah fitnah yg pernah berlaku dalam sejarah sebagai pengetahuan tambahan..



Fitnah ke atas Nabi Yusuf A.s

Sebut saja menegenai Nabi Yusuf A.S, sudah pasti kita sedia maklum atas mukjizat nyadi kurniakan rupa paras yg tampan lagi menawan hingga sesapa yg menatapnya pasti terpana,terpegun dan seterunya tertarik..hal yg terjadi kepada Nabi Yusuf A.S yg di fitnah oleh Zulaikha isteri kepada AL-Aziz pembesar mesir ketika itu.. Zulaikha begitu tertarik kepada Nabi Yusuf sehingga mendorong beliau menggoda Nabi Yusuf dan menarik belakang baju nabi yusuf.. Lalu Nabi Yusuf melarikan diri dan membuka pintu.. alangkah terkejutnya Zulaikha apabila melihatSuaminya Al Aziz berada di muka pintu dan selepas tu memusingkan cerita dgn mengatakan Yusuf cuba hendak menggodanya..Lalu beberapa org di panggil utk pengadilan.. maka kesimpulan yg diberikan oleh para pembesar yg meneliti pertuduhan ke atas Yusuf."Jika pakaian Yusuf ini koyak di hadapan, maka kata-kata Zulaikha itu benar dan Yusuf telah berdusta. Tetapi, jika baju itu koyak di belakang, maka Zulaikhalah yang berdusta dan Yusuf bercakap benar," - Jelas lah di sebabkan ingin menutup kesalahan sendiri mampu mendorong seseorang utk membuat fitnah .Lalu Yusuf memilih utk di penjarakan krn padanya penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar .Namun yg benar tetap akan terserlah kebenarannya.. setelah beberapa tahun hidup dalam penjara akhirnya Yusuf di bebaskan dan menjadi penguasa/wazir mesir


Fitnah ke atas Nabi Musa oleh Qarun

Qarun adalah salah seorang pengikut Nabi Musa.Beliau adalah seorang yg kaya raya dan mewah dan sememangnya dia di kurniakan dgn kelapangan rezeki yg melimpah ruah di atas apa saja yg di usahakan..Akan tetapi kemewahan dan kekayaan yg di kecapi menjadikan beliau seorang yg sombong,angkuh serta bakhil..Tidak ada sedikit belas kasihan di hati beliau terhadap nasib orang yg miskin dan beliau enggan mengeluarkan zakat dan jauh sekali ingin bersedekah.. Malah manusia mcm qarun ni boleh lak dia mendabik dada mengatakan ' Sesungguhnya aku diberikan harta di sebabkan ilmu dan kepandaian yg ada padaku '-Surah Al Qashash:78 -


Di sebabkan keengganan Qarun melaksanakan rukun kewajipan berzakat, maka Nabi Musa telah pun menasihatinya dan mengingatkan nya akan kewajipan berzakat kerana setiap bahagian yang telah ditentukan oleh tuhan sebagai hak orang2 susah dan fakir miskin yang wajib di peruntukkan pd mereka.Akan tetapi Qarun tetap berdegil malah siap memusingkan cerita lagi. Arahan Musa kepadanya telah di putarbelitkan dan menfitnah Musa dgn mengatakan dakwah musa dan kewajipan berzakat itu adalah salah satu cara Musa utk memperkayakan dirinya lalu menghasut ramai orang utk memboikot Musa

Disamping itu, Qarun mempunyai sikap yg bongkak lagi ego dan selalu mengatakan mengapa perlu dia mendengar nasihat orang lain dan beliau tidak perlu di nasihati .Dengan Kekayaan yg dia ada, sepatutnya orang lain yg perlu tunduk dan dgr setiap arahan dan nasihatnya.. di sebabkan ingin di lihat sebagai ketua dan kurang senang dgn pengaruh Musa sbg pemimpin, lalu beliau sekali lagi mengatur strategi fitnah bagi menjatuhkan Musa. Beliau telah mengupah seorang pelacur utk mengaku berzina dgn musa di khalayak umum. Pada waktu yg ditetapkan , Qarun terus menyerang Musa dgn kata2 fitnah dan tohmahan jahat ' Hai Musa,tidak perlulah engkau menasihati krn sesungguhnya engkau juga telah membuat onar dan seorang wanita '..Lalu pelacur itu di panggil utk menguatkan hujah si Qarun jahanam tu..Lalu Musa bertanya kepada pelacur itu ' Apakah benar pertuduhan Qarun ke atasku? apakah benar sperti yg dikatakannya? Di saat itu, Si pelacur itu seperti berbelah bagi malah tak sampai hati utk bersekongkol dgn Qarun. Sesungguhnya Allah telah menggerakkan hati pelacur itu utk mengatakan kebenaran 'Wahai Musa dan sekalian yg ada, aku sebenarnya telah di upah oleh Qarun utk mengaku berzina dgn dirinya..Sesungguhnya Engkau wahai Musa bersih dari pertuduhan ini.


Bagai tamparan hebat buat Qarun di atas penjelasan perempuan itu..di sebabkan kefasikan Qarun yg tak henti2 utk merosakkan wibawa Musa di samping merosakkan iman pengikut2 yg lain , maka Allah telah membenamkan Qarun bersama istana,harta2 nya yg terkumpul ke dalam perut bumi..

'Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi.Maka tidak ada baginya satu golongan pun yg boleh menolongnya terhadap azab Allah.Dan tiadalah ia masuk dlm golongan orang yg membela diri '- Surah Al Qashash :81

Sehingga sekarang masih ada peninggalan sejarah mengenai Qarun..Mengikut cerita terdapat sebuah Danau yg di berikan nama 'Danau Qarun ' (Bahirah Qarun) terletak ke satu jln mengarah ke Kaherah.Di sinlah tempatnya Qarun di tenggelamkan .Kalau lah aku ada peluang ke sana, InsyaAllah aku akan cari Danau Qarun ni.


Fitnah Ke atas Saidatina Aisyah R.A

Bermula dari keciciran beliau dari rombongan pasukan perang dlm perjalanan pulang, Aisyah tertidur di atas haudaj (tempat di atas unta) berseorangan sehinggalah beliau di jumpai oleh seorang tentera Safwan bin Muattal as-Sulami yg menyertai rombongan kedua yg lewat dlm perjalanan pulang. Lalu Safwan menarik unta Aisyah dan beliau berjalan kaki sambil mengheret unta tersebut hingga sampai ke pangkalan tentera mereka di Madinah.

Sesampai saja Aisyah di Madinah,Aisyah di timpa demam sampai sebulan dan dlm pada itu fitnah mula tersebar mengenai beliau dan Safwan bin Muattal .Ketua penyebar fitnah ini ialah Abdullah bin Ubai bin sahul seorang munafik yg kecewa tidak dapat menjadi pemimpin di Madinah lalu menyimpan dendam terhadap Rasulullah.Fitnah mengatakan beliau berzina dgn Safwan akhirnya sampai ke pengetahuan Rasullullah.


Setelah menyedari akan berita fitnah yg tersebar, Aisyah menjadi sedih dan seterusnya meminta izin dari suaminya Rasullullah utk pulang ke rumah orang tuanya bagi mendapatkan kepastian.Fitnah itu seterusnya tersebar luas sehingga Rasulullah merasa terganggu . Lalu Rasullulah bertanyakan kepada Aisyah bagi mendapatkan kepastian 'Wahai Aisyah, telah sampai kepadaku berita tentangmu . Kalaulah kamu memang tidak melakukannya, nescaya Allah akan membebaskan kamu, dan jika kamu telah melakukan dosa, istighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya seorang hamba bila dia mengakui dengan dosanya, dan bertaubat memohon keampunan daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya. '

Lalu Aisyah menjawab 'sesungguhnya demi Allah, aku memang dah mengetahui bahawa kamu semua telah mendengar cerita ini, dan cerita ini dah pun berada di jiwa kamu semua, dan kamu semua mempercayainya. Kalaulah aku berkata yang aku ini tidak bersalah –Dan Allah sahaja yang mengetahui bahwa aku tidaklah bersalah- kamu semua tidak akan mempercayaiku. Dan jika aku mengakui -sedangkan Allah mengetahui bahawa aku tidaklah bersalah- tentulah kamu semua mempercayainya. Demi Allah, tidak ada umpama bagiku melainkan seperti perkataan ayah Nabi Yusuf . Sabar adalah lebih baik, dan Allah sahaja tempat aku memohon pertolongan daripada apa yang mereka katakan). Lalu aku pun memalingkan mukaku dan aku berbaring di tilamku

Maka selepas itu,turunlah wahyu dari Allah demi menyatakan kebenaran dan kesucian Aisyah .Ianya terkandung surah An Nur ayat 11-20

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).[12]Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".[13]Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.[14]Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -[15]Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.[16]Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".[17]Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.[18]Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[19]Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).[20]Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

Sejurus selepas turunnya ayat tersebut, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Wahai Aisyah, kini Allah mengisytiharkan kesucianmu daripada segala noda.

Jelaslah di sini fitnah adalah sesuatu yg pahit utk di telan.. sebagaimana yg di alami oleh Aisyah R.A.Justeru itu , ayat di atas diturunkan sbg panduan utk kita supaya berhati2 di atas bahaya fitnah dan pertuduhan.


Fitnatul Kubra di zaman Saidina Uthman bin Affan R.A


Saidina Uthman adalah pemerintah ketiga di zaman pemerintahan 'Khulafa' Ar Rasyidin'.Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah, baik hati dan juga kaya.

Beliau sentiasa memperuntukan bantuan kepada yg memerlukan dan harta di belanjakan di jln Allah.Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah,dan beliau adalah mangsa fitnah tersebut.Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak umrah pada bulan Rajab.Mereka menuduh

Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala fasilitas untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain."

Saidina Ali bersungguh2 membela kebenaran di pihak Saidina Uthman dgn menangkis segala pertuduhan dan fitnah tersebut.


'Saidina Ali ra menjawab, "Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pejabat dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga."


Walaupun telah diberi penjelasan akan segala pertuduhan fitnah itu namun pihak yg menabur fitnah terus berterusan dgn usaha mereka sehinggakan sebahagian dari umat islam ketika itu terpengaruh dgn fitnah yg ditaburkan ke atas Saidina Uthman sehingga mencetuskan pemberontakan umat islam ketika itu.Akhirnya rumah Saidina Usman di kepung oleh pemberontak2 .Saidina Uthman syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya

Fitnah ke atas Mahsuri

Sebut saja pasal Mahsuri, aku rasa sebahagian besar dari kita sudah sedia maklum akan kaitan sejarahnya di Pulau Langkawi.Mahsuri seorang wanita yg cantik dan sopan santun. Dengarnya kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.


Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.


Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut.


Perbuatan yg jahat akhirnya di balas juga apabila Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam.

Langkawi seterusnya tidak tenteram.Sehingga di tahun 1980an, usaha2 membangunkan Langkawi di jalankan dan kemuadian menjadi makmur. Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.


Fitnah ke atas Hang Tuah

Ini pun semua pun tau ceritanya.. lagenda pahlawan 5 bersaudara.. Yg paling menyerlahialah Hang Tuah, Laksmana yg termasyur di zaman kegemilangan Melaka.Di sebabkan ketokohan, kebolehan serta kehebatan beliau menangani ancaman musuh serta kesetiaan yg tak berbelah bagi pada Sultan,menyebabkan Hang Tuah di sayangi Sultan Melaka. Ini menimbulkan rasa dengki dan iri hati di kalangan pembesar yg lain dan mereka mula mengatur strategi fitnah utk memerangkap Hang Tuah.Lalu sultan pun percaya akan berita fitnah yg di sampaikan iaitu Hang Tuah dikatakan membuat onar dgn Dayang istana. Tanpa sebarang usul periksa yg mendalam, Hang Tuah di jatuhkan hukuman bunuh walaupun telah di nasihati oleh Bendahara Tun Perak agar di selidiki setiap perkhabaran itu terlebih dahulu.Bendahara Tun Perak di arahkan utk menjalankan hukuman tersebut.Akan tetapi, Bendahara telah menyembunyikan Hang Tuah di hulu Melaka .Ini kerana Bendahara mengetahui hakikatnya Hang Tuah telah di fitnah dan tenaga Hang Tuah pastinya di perlukan di satu hari nanti jika keadaan memaksa.


Kematian Hang Tuah telah menyebabkan sahabat baiknya Hang Jebat menuntut bela,menghuru harakan melaka dan menyanggah pemerintahan Sultan Melaka.Di saat Sultan Melaka merasa menyesal di atas tindakan beliau yg menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah menerangkan kedudukan sebenar Hang Tuah yg masih hidup.Lalu Hang Tuah di panggil utk menghapuskan Hang Jebat sahabat baiknya.Hang Jebat akhirnya mati di tangan Hang Tuah.Satu tragedi persahabatan yg sehingga sekarang menjadi perdebatan semua siapakah yg benar- Hang Tuah atau Hang Jebat ? Tapi inilah kenyataan yg dapat di lihat sejak di zaman dulu lagi. Fitnah sangat berkesan hinggakan yg tak bersalah boleh di hukum.Dan akhirnya menyeret semua orang menjadi mangsa keadaan.


Kesimpulan/penutup.

Fitnah sangatlah merbahaya.. fitnah itu keji..dan fitnah itu adalah umpama api membakar kayu.. Manusia secara umumnya memang mudah terpengaruh dengan berita fitnah .Di sebabkan berita begini lebih sensasi maka jgn di hairankan jika ianya mudah tersebar .. di zaman sekarang yg serba canggih, ianya lebih mudah di sebarkan dlm seminit boleh sampai ke pengetahuan 50 orang atau lebih. Yang mana benda buruk mmg orang suka nak sebarkan tapi kalau benda baik, jarang sekali orang nak sebarkan .Renungkanlah kembali perintah Allah :


'Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari menyebar fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik yang melampaui batas lagi banyak dosa." (Al- Qalam: 10 - 12)'


Pada mereka yg mengalami musibah fitnah ni, hanya kesabaran,air mata dan doa sajalah yg mungkin di harapkan dapat menyembuh kelukaan di hati yg telah di aibkan.Pada mereka yg memang suka menabur fitnah , ingatlah bahawasanya janji Allah adalah benar dan balasan Allah di kemudian hari ke atas korang juga akan datang.

Islam adalah agama yg suci dan menitiberatkan umatnya supaya jaga menjagai antara satu sama lain dan tidak melampaui batas dgn memberi aib sesama manusia.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?' Rasulullah bersabda lanjut: "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Bayangkan, sedang menyebarkan sesuatu yg benar yg mungkin membawa keaiban pun di larang apatah lagi menyebarkan sesuatu yg palsu (fitnah).Justeru itu kita hendaklahsentiasa rasional dan berhati2 dalam menerima perkhabaran yg kurang elok di dengar agar kita terpelihara dari dosa keji memfitnah sesama manusia..

Fitnah juga pernah menyerang salah sorang dari keluarga aku dan aku amat memahami kelukaan dan kesedihan yg di alaminya. Oleh sebab itu, aku merasa terpanggil utk mengkaji permasalahan jiwa manusia yg kotor membuat fitnah sesuka hati dan sesedap rasa..

Semoga kita semua di redhai Allah dan diberikan petunjuk pada jln yg lurus..


sekian saja coretan dari aku..

No comments:

Post a Comment