Saturday, November 6, 2010

Teori perempuan 1 akal 9 nafsu : sejauh manakah kefahaman kita

Ketika aku sedang menyiapkan artikel panjang aku mengenai wanita , aku terpikir utk seperate kan topik ni dari artikel tu utk renungan
semua.Walau bagaimanapun , tajuk ni akan termasuk dlm artikel aku..

Perempuan di ciptakan dgn 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki pula diciptakan dgn 9 akal 1 nafsu' rasanya ramai yg pernah mendengar ungkapan ini dan tak kurang pula di kalangan male chauvinist yg mengangkat teori kat atas sbg senjata mereka utk merendah2kan kaum

wanita yg kononnya wanita ini adalah bodoh dari lelaki dan lelaki adalah makhluk yg di ciptakan terbaik dan sebab itu mereka di angkat sbg pemimpin.. benarkah lelaki saja makhluk terbaik ? mari kita renungi dalil di bawah :

surah At-Tinn, ayat 4 yang bermaksud;



“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”


Ayat di atas menyebut 'manusia' adalah sebaik2 kejadian tanpa mengira lelaki dan perempuan.. jika ada yg kurang ilmu dan cetek pengetahuan mengatakan yg wanita diciptakan bodoh maknanya fahaman mereka bercanggah dgn ayat di atas. Harus di ingat seseorang itu tidak di lahirkan 'bodoh' hanya semata2 dia adalah wanita.. jika wanita ni bodoh, tak kan lah bilangan mereka di pusat pengajian tinggi semakin bertambah dari tahun ke tahun..

Sebenarnya aku tak pasti tentang teori di atas berdasarkan pada sumber mana. Jika ada sesapa yg dapat cari sumber dari hadis sahih atau sepotong ayat al quran yg quote sebijik teori kat ats mengenai nisbah akal dan nafsu, silalah berkongsi dgn aku sbg pengetahuan semua


Apa yg pernah aku dgr perempuan berdasarkan hadis nabi ialah perempuan 'kurang agama dan akal' lantaran halangan dari segi haid dan nifas yg tak memungkinkan wanita beribadah tapi bukan bermaksud kekurangan itu mencacatkan keimanan mereka sbg Hamba Allah sbb nya haid dan nifas itu pun adalah aturan Allah kepada wanita bersesuaikan dgn tanggungjawab dan tugas biologi mereka.Manakala kurang akal pula di maksudkan dgn kesaksian wanita di atas sesuatu perkara harus di sokong dgn wanita lain maksudnya 2 wanita di khuatiri sorang pelupa, sorang boleh mengigatkan. Seperti firman Allah


'Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang orang lelaki diantaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkannya.” (Qs. Al-Baqarah: 282)


Mengikut pandangan beberapa cendikiawan moden islam, wanita di anugerahkan 9 nafsu dan 1 akal bersesuaian dgn fitrah mereka sbg wanita dan perempuan amnya.Wanita di anugerahkan perasaan dan emosi yg tinggi dari lelaki lantaran tugas biologi mereka mengandung, menyusui, menjaga dan mendidik anak .Tugas2 seperti ini lebih memerlukan peranan emosi dan perasaan dan harus di ingat emosi dan perasaan adalah sebahagian dari 'nafsu' yg di sebut tadi.

Perasaan dan emosi yg tinggi amat di perlukan dlm mewujudkan kasih sayang sedangkan akal adakalanya mengatasi batas perasaan.Lihatlah keadaan nya seorang wanita apabila mengandung , di peringkat awal mereka menempuhi berbagai2 kepayahan dan kesakitan.Namun di sebabkan emosi dan perasaan yg kuat , segala kepayahan itu dapat di hadapi dgn sabar sehingga di akhir peringkat 9 bulan menempuh kesakitan yg luar biasa pun tetap mereka tabah melahirkan anak yg di kandungkan.inilah kuasa emosi yg sukar di tafsirkan.


Begitu juga keadaan bila anak di marahi bapa yg mungkin pd pertimbangan mereka anak bersalah mesti di marah, selalunya ibulah yg akan tenangkan si anak dan memujuk anak sambil menerangkan sebab si ayah memarahi . Tanpa peranan ibu sbg kuasa memujuk, rasanya lagi panaslah hubungan anak dgn bapa dan seterusnya membawa kepada kucar kacir di dalam sesebuah keluarga.Sifat penyayang wanita pd anak tidak boleh di pertikaikan malah kasih ibu hingga ke tahap jika ada makanan dlm mulut si ibu , si ibu sanggup memgeluarkan nya utk memberikan pada anak agar si anak tidak kelaparan .. mereka sanggup lakukan apa saja demi orang tersayang walau pun adakala boleh memberi kesan pd diri sendiri.


Kekurangan akal bagi wanita bukanlah sesuatu yg perlu di banggakan oleh male chauvinist sbb di sisi islam ianya bukanlah sesuatu yg tercela buat wanita malah ianya adalah fitrah ilahi kelebihan buat wanita kerana di seimbangkan dgn perasaan kasih sayang yg tinggi dan emosi yg halus. Renungilah hadis ini :


'Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". ((Al-Hadith)


Manakala fungsi akal memberi pertimbangan ,pendapat dan memilih sesuatu akan tetapi akal boleh menjadi lemah jika menghadapi tekanan perasaan.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan setiap sesuatu kejadian dan aturan. Akal yg lebih di anugerahkan oleh Allah kepada lelaki lantaran tugas mereka sbg khalifah bumi dan pemimpin keluarga dan rumahtangga. Sbg contoh Allah memberikan kuasa talak kepada lelaki lantaran sikap mereka yg mempunyai pertimbangan di dalam sesuatu perkara.Jika kuasa talak di berikan pada wanita, gerenti diaorg akan ceraikan laki masing2 hanya di atas sebab kesalahan kecil e.g terlupa tutup pagar rumah. Pun begitu kelebihan akal di berikan byk telah di salahgunakan oleh kaum lelaki di zaman sekarang dan kuasa talak yg di berikan pd mereka di jatuhkan sesuka hati tanpa mengira tempat,masa dan keadaan.Malah jika teragak nak bagi talak 3 terus saja di lafaz tanpa rasa bersalah.Ini bukanlah jugak contoh lelaki yg baik dan berkualiti..


Di antara lelaki dan wanita, mereka mendapat ganjaran pahala bersesuaian dgn fitrah kejadian mereka :


Firman Allah :


Bagi lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian drpd apa yg di usahakan (surah an nisaa ayat 32)


Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah..

oklah.. sampai sini je..

No comments:

Post a Comment