Friday, July 29, 2011

Kisah Firaun

Kisah Firaun..-ketika di awal kehidupan sebelum menjadi raja..

Tadi masa aku mengemaskan semua buku2 dlm rak koleksi aku, tetiba mata aku terpandang pada sebuah buku lama lagi usang..
buku yg berjudul 'kisah 25 rasul utama' cetakan pd tahun 1972..buku ni kepunyaan arwah bapa aku dan buku inilah menjadi pemangkin utk aku utk explore lebih lanjut sejarah2 nabi di waktu sekolah rendah lagi..buku yg menggunakan nahu dan ejaan bahasa
melayu lama..agak tertarik dgn kisah Firaun yg di ketengahkan dlm buku yg menceritakan kisah beliau dari kecil,dewasa,cara hidup yg sememangnya
salah hingga saat dia menjadi Raja Mesir melalui muslihat dan jenayah..jarang sekali buku2 sejarah rasul yg ada di pasaran sekarang mempunyai info ni dan takde lagi kat mana2 sumber

Firaun- sejarah awal beliau dan latar belakang keluarga

Sebelum Musa di lahirkan,di negeri Mesir terdapat seorang lelaki tua yg bernama Mas'ab berumur 170 tahun namun tidak dikurniakan seorang pun anak sebagai zuriat.
Beliau sangat kepingin utk mempunyai anak.Disuatu hari ketika dia sedang duduk berehat , lalu dia terpandang pd seekor lembu yg sedang melahirkan anak..melihat
pd lembu itu,hatinya mengeluh hiba lalu berkata "'malang sungguh nasibku, sedangkan lembu yg hina ini mempunyai anak, mengapakah aku tidak di kurniakan seorang pun anak sbg zuriat ".. Dgn kuasa Allah, lembu itu pun berkata-kata " jgn kau bersedih, bersabarlah, nanti engkau pun akan di kurniakan anak "

Tidak beberapa lama selepas itu, terbukti jua apa yg di katakan oleh lembu itu.. namun sayang sekali kerana Mas'ab meninggal dunia sebelum anaknya lahir.. Isteri Mas'ab sgt berbesar hati dgn kelahiran satu2nya zuriat mereka lalu menamai anak lelaki nya itu Walid bin Mas'ab ( nama sebenar Firaun)..Walid dijaga dan di asuh oleh ibunya dgn penuh kasih sayang.

Apabila dewasa,Walid belajar ilmu pertukangan kayu bagi menampung keperluan tinggal bersama dgn ibunya..namun kehidupan yg teratur itu bertukar menjadi sebaliknya lantaran sikap Walid yg bergaul bebas sehingga segala wang dan harta punah di gelanggang perjudian.Nasihat ibunya tidak di endahkan..setelah bosan bekerja sbg tukang kayu, lalu ia mengubah pekerjaannya menjadi saudagar barang2.

Kelakuannya sebagai saudagar agak lain dari yg lain.Apabila penagih Pajak meminta cukai,dia lari dan tak mahu membayar cukai tersebut..lantaran dari sikapnya itu lah beliau di gelar 'FIR AUN ' yg maksudnya aku google tadi -'lebih hebat dari seterunya'


Pada suatu hari,seorang penduduk yg datang dari Amlakah telah di larikan kudanya..ketika beliau berteriak meminta tolong, kebetulan Firaun yg tegap dan kuat melihat kejadian itu lalu menolongnya..penduduk itu sgt berterima kasih pd Firaun lalu menawarkan firaun menjadi pegawai pengiringnya.Tawaran itu di terima oleh Firaun dgn senang hati dan dia pun bekerja dgn orang Amlakah itu..Nasib Firaun agak beruntung kerana tak lama selepas itu,orang Amlakah itu meninggal dunia .Di sebabkan org Amlakah itui tiada zuriat utk mewarisi kekayaan nya, lalu
kesemua harta kekayaan itu jatuh ke tangan Firaun.Begitulah adat Mesir ketiku itu

Di sebabkan sikap Firaun yg pemboros dan suka berjudi, segala harta kekayaan itu tidak kekal dan akhirnya beliau jatuh melarat kembali..Selepas itu beliau bertukar kerja sebagai penggali kubur dan beliau membuat syarat2 sendiri jika sesapa ingin menguburkan mayat di tempatnya iaitu - mengenakan cukai lalu menggunakan alasan yg cukai di kenakan itu di atas perintah raja.. sudah pasti Firaun mendapat keuntungan dan byk wang di atas 'cukai' yg dia ciptakan..namun begitu beliau tersalah langkah apabila di suatu hari seorang anak raja mesir mati dan pembesar2 istana ingin menguburkan anak raja itu di sana.. pertelagahan berlaku diantara Firaun dan pembesar2 istana lalu mereka menangkap Firaun dan di hadapkan ke muka pengadilan.Firaun di dapati salah dan di jatuhi hukuman bunuh.Namun Firaun dapat melepaskan diri dari hukuman tersebut dgn menebus kesalahan itu dgn bayaran beratus2 dinar
dan beliau di bebaskan.

Firaun menjadi Raja.

Suatu hari Raja Mesir bermimpi yg dia disengat kala jengking.Lalu dia rasa cemas dan mengagak seperti akan ada sesuatu yg buruk berlaku.Secara senyap2 dia telah pergi
ke rumah Wazirnya..di perjalanan ke rumah wazirnya, beliau terserempak dgn Firaun.Lalu Firaun mengundang Raja Mesir ke rumahnya dan Raja Mesir pun menceritakan
mimpi yg di alaminya.Firaun berpura2 berlagak seperti orang yg tahu tentang tafsir mimpi dan setelah habis keterangan mimpi Raja Mesir itu, lalu Firaun meminta izin utk ke biliknya sekejap mengambil kitab tafsir mimpi.Namun niatnya yg sebenar adalah beliau ingin mengambil pedang utk memancung kepala Raja itu.Lalu Raja Mesir di bunuh kejam dgn kepalanya di pancung oleh Firaun.Firaun menguburkan mayat raja itu dgn hati2 tanpa di ketahui oleh sesiapa dan selepas itu segala persalinan raja di pakainya dan menuju ke istana lalu duduk di tahta singgahsana istana.Ia mengaku dirinya sebagai Raja Mesir dan menggesa rakyat supaya tunduk dan sujud padanya.Wazirnya yg bernama Haman di beri suapan beribu2 dinar supaya mahu mengiktirafkan dan mengikut nya.Begitu juga dgn Wazir2 lain.Hamman di tawarkan menjadi wazir tertinggi.Sudah pasti Haman tidak menolak tawaran ini dan patuh pd Firaun.Firaun memerintahkan rakyat supaya tunduk dan mengakuinya sbg tuhan.Sesiapa yg ingkar akan di bunuh kejam.Demikianlah permulaan pemerintahan Firaun di Mesir.Asiah di jadikan isterinya
secara paksa dan ugutan sedangkan Asiah adalah penganut agama tauhid.

Perkahwinan Firaun dan Siti Asiah ( petikan dari Hanan.com.my)

Tersebutlah di sebuah negeri Mesir ada satu keluarga yang terkenal dengan orang baik baik dan soleh iaitu Keluarga Imran yang bernama Siti Asiah,ia terkenal dengan kebaikkannya dan ketaatannya kepada Allah,juga kerana kecantikkannya.Maka tidak hairanlah ramai yang berkenan kepadanya terutama pemuda yang tertarik dengan keperibadiannya dan kecantikkannya.Akan tetapi mereka segan untuk meminangnya,begitulah Siti Asiah yang menjadi buah mulut ketika itu.

Khabar tentang Siti Asiah ini akhirnya sampai pula ke telinga firaun,dan tergeraklah hati firaun untuk memperisterikan Siti Asiah.Maka diutuskan seoarng menteri bernama Haman untuk menyelidiki berita Siti Aisah.

Kemudian Haman datanglah menemui Siti Asiah dan kedua orang tuanya dengan maksud menceritakan kehendak firaun.

Kedua orang tuanya menerima kedatangan dan maksud firaun,tetapi Siti Asiah tidak menerima lamaran firaun kerana dia merupakan salah seoarng tokoh yang ingkar kepada Allah SWT..dan raja yang zalim.Itulah yang diucapkan kepada orang tuanya.

Sehari selepas itu Haman datang kembali kepada orang tua Siti untuk menanyakan tentang lamaran Firaun.Kemudian kehendak siti disampaikan oleh kedua orang tuanya kepada wakil firaun.

Setelah menerima berita dari utusannya itu,Firaun menjadi marah,sehingga ia bertindak secara kekerasan terhadap Siti Asiah.Maka ke esokkan harinya,utusan lain dipanggil oleh firaun untuk menyampaikan surat perintah darinya untuk menangkap kedua orang tua siti,maka kedua orang tuanya diseksa dan dirantai,juga diperlakukan secara kasar lalu di bawa ke istana .akhirnya mereka dimasukkan ke penjara..

Setelah kedua orang tua nya diseksa,maka hari itu juga sitri Asiah ditangkap dengan kekerasan dibawake istana.Setelah samapai di istana ia tdiak dapat berkata apa-apa,namun yang ia khuatirkan adalah memikirkan nasib kedua orang tuanya...

Maka setelah Siti Aishah berada di hadapan Firaun dengan kedua dua tangan terikat lalu kedua orang tuanya pun dibawa dari dalam penjara dipertemukan dengan anaknya.Sungguh tragedi yang sangat menyedihkan saat itu.Kemudian Firaun berkata: "Hai Asiah,jika engkau seorang anak yang baik,tentu engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih antara dua,kalau engkau terima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan orang tuamu.Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Akhirnya dengan ancaman itu,maka Siti Asiah bersedia menerima pinangan Firaun akan tetapi Siti Asiah pun mengajukan kehendaknya kepada Firaun iaitu:
1.Bahawa firaun harus membebaskan kedua orang tuanya.
2.Harus membuatkan rumah yang indah lengkap,dengan perkakasnya
3.Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatannya beserta makan dan minumnya.
4.Bahawa Siti Asiah bersedia menjadi isteri Firaun hadir pada acara-acara tertentu sebagaimana lazimnya seorang isteri raja,akan tetapi Siti Asiah tidak bersedia tidur bersama Firaun.Jika permintaan-permintaan Siti Asiah tidak dipenuhi,ia rela mati dibunuh bersama kedua orang tuanya.
Akhirnya Firaun mengabulkan atau memenuhi permintaan Siti Asiah.Dan mmerintahkan kepada Haman untuk membuka rantai belenggu yang ada di tangan dan kaki baik Siti Asiah mahupun kedua orang tuanya.

Kini Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan kemegahan.Akan tetapi bagai Siti Asiah tidaklah membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus adat jahiliyah.Ia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.Hampir setiap saat terutama di malam hari ia selalu beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya jangans ampai disentuh oleh orang-orang kafir sekalipun suaminya (firaun),juga ia rela berkorban demi kepuasan dan ketenangan hidup orang tuanya.

Sehingga untuk menyelamatkan Siti Asiah,Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya,Allah SWT MENCIPTAKAN IBLIS YANG MENYAMAR DIRINYA SEPERTI RUPA SITI ASIAH UNTUK TIDUR BERSAMA FIRAUN


Demikianlah kekejaman yg di lakukan oleh Firaun ketika dia berkuasa.Namun kezaliman dan kejahatan yg di lakukan selama berpuluh2 tahun akhirnya dia di binasakan oleh Allah..Demikianlah percaturan Allah yg ketika Musa yg masih bayi terdampar di istana Firaun, di besarkan di dalam istana tanpa di ketahui bahawa Nabi Musalah adalah jawapan pd mimpi Firaun yg bakal menggugat kedudukan beliau sbg penguasa..
Firaun tenggelam di tengah lautan merah ketika mengejar Nabi Musa dan pengikutnya ..menurut beberapa riwayat samada betul atau tidak, ketika firaun hampir lemas di tgh lautan, beliau akhirnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan Musa ..namun taubat nya ketika itu sudah terlambat dan beliau mati di dlm kekufuran..

Firaun adalah petunjuk yg nyata pd kita yg mana manusia yg melampaui batas akan di binasakan ..kejahatan firaun dan kezalimannya tidak ada tolok bandingannya ..justeru itu jgnlah menongkat langit kerana kita pasti akan di binasakan dan dibalas di antara lambat atau cepat saja masa tu akan sampai..

1 comment:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL BILAH BERMINAT HUB KI ANGEN JALLO DI NMR (+ __0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL BILAH BERMINAT HUB KI ANGEN JALLO DI NMR (+ __0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL BILAH BERMINAT HUB KI ANGEN JALLO DI NMR (+ __0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL BILAH BERMINAT HUB KI ANGEN JALLO DI NMR (+ __0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete