Saturday, November 26, 2011

Adam, Hawa dan buah Khuldi- antara sumber Al quran dan Karya israiliyat

ketika aku berjalan2 shopping sekitar Jln Tunku Abd Rahman, aku pun singgah ke kedai buku kat tepi jln tu yg menjual buku2 akedamik dan juga buku2 agama.Disebabkan aku inginkan kepastian atas tajuk kat atas, aku berpeluang membelek beberapa buku sirah nabawiah/qishashul Anbiya .Aku agak tertarik dgn sebuah bukuyg menyentuh kisah Nabi Adam dan buah khuldi di antaranya menyebut ' Iblis tidak berputus asa usahanya
memujuk Adam makan buah khuldi, lalu iblis menggunakan Hawa utk memujuk Adam ...
'


Aku agak tertarik jugak dgn ayat2 tersebut dan memang benarlah kita sikit sebanyak terpengaruh dgn beberapa karya israiliyat ( karya yahudi) sehingga terkeliru dgn fakta .Di sebabkan karya israiliyat inilah yg menyebabkan ada sesetengah dari kita yg mungkin juga dahulunya terdengar cerita dari sesapa yg arif mengatakan 'HAWA adalah penyebab Adam makan buah khuldi dan seterusnya di usir dariSyurga'.. soalnya benarkah HAWA adalah punca pada peristiwa buah khuldi ini ? Mungkin ada lebih baik kita kaji soal ini dari konteks AGAMA ISLAM...

Asal usul Hawa


Wanita adalah manusia kedua yg diciptakan selepas Nabi Adam A.S dan penciptaan wanita yg bernama 'Hawa' adalah sbg teman dan pasangan kepada Adam di Syurga..
Nabi Adam dan Hawa di nikahkan dan kemudian hidup bahagia di syurga dan bebas menikmati apa saja yg ada di Syurga kecuali sebuah pohon dan buah larangan iaitu buah khuldi. Firman Allah:



Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini,dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim".(Al-A’raaf: 19).


Iblis yg berdendam dgn bangsa manusia berusaha menyesatkan mereka berdua dan mencuba sedaya upaya supaya Adam dan Hawa mendekati pohon larangan tersebut..Akhirnya mereka tewas dan termakan dgn pujukan Iblis.


Penciptaan Adam dan Hawa turut juga tercatat di dalam Kitab pegangan agama Yahudi 'Old Testament' kitab kejadian dan turut menceritakan tentang kisah perlanggaran perintah tentang makan buah larangan itu.Namun begitu ada sedikit perbezaan dari kisah Al Quran dan Kitab pegangan Yahudi itu.



Peristiwa perlanggaran perintah Allah oleh mereka berdua dari memakan buah larangan itu adalah permulaan episod wanita di dalam sejarah apabila Hawa dan umumnya wanita dikatakan sebagai punca kepada kesilapan bangsa manusia .Ada yg mengatakan kerana Hawa manusia di usir dari Syurga dan kerana Hawa manusia bersusah payah hidup di dunia.Di sebabkan fahaman begini ramai yg kata perempuan adalah punca pd kecelakaan dunia.Benarkah semuanya kerana Hawa? jom kita bincangkan hal ini mengikut perspektif AGAMA ISLAM DAN AL QURAN



Hawa- Benarkah beliau punca kesilapan Nabi Adam mendekati buah khuldi ?


Di dalam kitab Talmud (eruvin 100b)- kitab pegangan kedua yahudi dari hasil dari tgn manusia) turut menyebut :

'keengkaran Hawa di syurga maka kaum wanita secara keseluruhan akan menanggung 10 beban penderitaan:



1. Wanita akan mengalami kitar haid, yang sebelumnya tidak
dialami Hawa.

2. Wanita akan mengalami kesakitan apabila melakukan
persetubuhan pada kali pertama.

3. Wanita akan mengalami penderitaan dalam mengasuh dan
memelihara anak-anaknya. Anak-anak memerlukan rawatan,
pakaian, kebersihan dan asuhan sehingga dewasa. Ibu akan
bimbang/rungsing apabila pertumbuhan anak-anaknya tidak
seperti yang diharapkan.

4. Wanita akan merasa malu tentang tubuhnya sendiri.

5. Wanita tidak akan merasa selesa bergerak apabila
kandungannya membesar.

6. Wanita akan merasa sakit apabila melahirkan anak.

7. Wanita tidak boleh mengahwini lebih daripada seorang lelaki.

8. Wanita akan mempunyai keinginan seks yang lebih lama
berbanding dengan suaminya.

9. Wanita akan mempunyai hasrat untuk melakukan hubungan
seks dengan suaminya tetapi akan mendapati sukar untuk
menyampaikan hasratnya.

10. Wanita lebih suka tinggal di rumah


Paderi yahudi juga percaya akan kutukan tuhan ke atas wanita krn pada mereka wanita adalah punca Adam makan buah Khuldi..

' Kepada wanita Tuhan memberikan sembilan kutukan dankematian; beban berupa darah haid dan darahkeperawanan ketika berkahwin, darah kehamilan,darah kelahiran, membesarkan anak,penutupan kepala dalam dalam berkabung, menjadi budakyang melayani tuannya, tidak dipercaya kesaksiannya,dan setelah itu semua adalah kematian'

Namun semua yg di atas adalah kepercayaan dan pegangan orang Yahudi melalui agama mereka, sudah pasti ajaran mereka hanyalah utk amalan dan kepercayaan mereka seharusnya tidak boleh di samakan dgn kita penganut islam yg memegang Al Quran sbg panduan hidup..Yang menariknya pandangan yahudi ke atas wanita seperti di atas telah mempengaruhi beberapa pemikir islam ortodoks utk turut mengatakan Hawa punca pada kesilapan Nabi Adam.

sekali lagi, benarkah Hawa penyebab kepada kesilapan Adam makan buah khuldi? menurut pemikir moden islam mengatakan Hawa bukanlah punca kepada kesilapan Nabi Adam.Beberapa pemikir moden islam yg lain juga berpendapat yg sama yg Hawa bukanlah punca sebenar kesilapan Adam.Pendapat mereka dikuatkan dgn hujah dan beberapa dalil yg tercatat dlm Al Quran.

Lalu kedua-duanya digelincirkan oleh iblis dari syurga itu dan
dikeluarkan dari keadaan semula …" (al-Baqarah: 36)


Turut di buktikan melalui dalil lain Surah Al'araf ayat 20-23

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
[21]

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".[22]

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"[23]

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".


Dalam Surah At Thaaha, Adam terlebih dahulu ditanya dan dipertanggungjawabkan mengenai pelanggaran perintah ALLAH itu.

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu,maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka
mereka sujud kecuali iblis. Ia membangkang. Maka kami berkata, ‘Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan didalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari didalamnya. ‘Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya (Adam) dengan berkata, ‘Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepadamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?’ Maka keduanya memakan dari buah pohon itu,lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga,dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesalah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya. Maka dia menerima tobatnya dan
memberinya petunjuk." (Thaha: 115-122)



Melalui beberapa dalil di atas, jelaslah yg menghasut Adam utk makan buah Khuldi itu adalah iblis bukannya Hawa yg dikatakan memperdayakan Nabi Adam yg seterusnya membawa pd penyingkirannya.Mereka berdua sama2 terpedaya dgn hasutan iblis yg bersumpah palsu ketika menerangkan tentang kebaikan makan buah khuldi..


Ayat2 di atas menekankan kata ganti ' mereka berdua' iaitu bermakna mereka bersama2 melakukan kesalahan . Bukan hanya seorang yg terpedaya dgn iblis kemudian memperdayakan seorang lagi.


Kebanyakan pemikir islam dahulunya terkeliru di antara sumber sahih dan palsu sehingga mereka terpengaruh dgn karya2 Israiliyat yg mendakwa Hawa penyebab kepada penyingkiran Adam dari Syurga.

Penulis2 islam bertaqlid buta di atas karya2 israiliyat ,ada sesetengahnya di naqalkan musafir2,semata2 kerana riwayat-riwayat disandarkan kepada beberapa ulama salaf di kalangan sahabat dan tabiien.


Justeru itu, dari konteks ISLAM, tiada dalil dalam Al Quran yg menyebut Hawa menjadi penggoda kepada Adam utk makan buah larangan hingga membawa mereka terkeluar dari Syurga.



Kesimpulannya mengenai kisah di atas :

1)Kedua-duanya diciptakan di syurga dan memanfaatkan
kemudahan syurga. Ini disebut di dalam Surah al-Baqarah
2:35.

2. Kedua-duanya mendapat godaan yang sama banyak dari
syaitan. Ini disebut di dalam Surah al-Araf 7:20.
24

3. Sama-sama memakan buah khuldi dan kedua-duanya menerima
akibat jatuh ke bumi. Ini disebut di dalam Surah al-Araf 7:22.

4. Sama-sama memohon ampun dan sama-sama diampuni Tuhan.
Ini disebut dalam Surah al-Araf 7:23.

5. Setelah berada di bumi, kedua-duanya mengembangkan
keturunan, saling melengkapi dan saling memerlukan dan ini
disebut di dalam Surah al-Baqarah 2:187


Demikian saja hujah2 yg menguatkan pendapat pemikir moden islam dlm membela 'HAWA' dari terus di kecam akibat peristiwa pelanggaran larangan buah khuldi itu. Sebenarnya ada banyak karya israiliyat yg mengelirukan kita yg kemudian kita anggap adalah sebuah cerita yg benar tanpa dikaji kesahihan cerita itu. Kalau ada kesempatan, mungkin aku akan cari lagi kisah israiliyat ni..


Selamat membaca dan moga kita beroleh manfaat bersama..

Sumber rujukan:

1)Nasaruddin umar -Paradigma baru teologi wanita (http://ridiah.wordpress.com/2010/04/26/perspektif-gender-dalam-islam-iv-nasaruddin-umar/)

2)Muhamad Hanief Awang -http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/17/benarkah-hawa-memujuk-adam-memakan-buah-khuldi/

3) Kedudukan wanita dlm islam - Sheikh Abdul Majid Subhi

1 comment:

  1. Terima kasih atas maklumat yang dikongsi. Namun ada suatu perkara yang dikecam oleh Allah s.w.t tentang kaum hawa. Yakni tipu muslihat perempuan. Ia adalah suatu ciptaan Allah dan telah diangkat sebagai suatu yang berat.

    "Sesungguhnya tipu daya kamu (perempuan) amatlah besar pengaruhnya." (Yusuf 12:28)

    Daripada Usamah bin Zaid r.a., Sabda Nabi s.a.w., “Tidak aku tinggalkan selepasku suatu fitnah yang lebih membahayakan lelaki daripada wanita.” (Sahih al-Bukhari)

    ReplyDelete