Saturday, November 26, 2011

lagu ,film lama vs lagu,film baru

Filem Lama,filem baru,lagu lama,lagu baru - ngapa aku suka yg lama?

Ramai yg dok tertanya2 kat aku ngapa aku lebih berminat tengok filem2 lama era 80an dan lagu pun era 70,80an..bila kat fb, segala macam video you tube aku post semuanya era 70an,80an dan kekadang 90an..

Sebabnya aku rasakan filem lama,lagu lama lagi ada 'feel' dari sekarang..lagu sekarang kalau aku suka pun segelintir je dari penyanyi2 era baru .Mungkin kesesuaian jiwa aku dgn lagu2 sentimental lama sebab aku tak berapa suka lagu rancak dan tempo tak menentu. dah tu jerit je lebih. lagu rancak boleh je layan tapi tgk pada keadaan..

Kalau orang nak komen sgt aku pun tak boleh nak cakap apa.. bukan takde yg mengejek.. sampai kata aku outdated lah,old fashion lah, lahir salah zaman dan ada lak yg cakap ' aku tak mainlah jiwang,lagu lama ni..pleaselah '..

hehehe.. aku ok je orang nak kata macam tu..tapi aku senyum sinis balik lah bila ada penyanyi sekarang rakamkan balik lagu lama dan budak2 muda pun dok minat lagu tu.. aku bagi contoh lah.. lagu 'Khayalan' - Kumpulan Ruffedge tu.. Masa kumpulan ni rakamkan balik lagu ni ramai org2 muda yg dok terkinja2 suka.. walhal tu lagu lama.. dan tak ramai yg tau lagu asalnya adalah lagu dlm bahasa inggeris.. umum cuma tau ruffedge rakam balik lagu yg pernah di popularkan oleh Black Dog Bone tapi berapa ramai sgtkah yg tau lagu tu dirakam kembali oleh Black Dog Bone versi bahasa melayu yg diambil dari versi original dlm bahasa Inggeris ' Fantasy ' -Kumpulan Earth,Wind n Fire -lagu yg pernah popular dlm tahun 1977 ? .. hanya old timer je yg tau ..Aku ingat lagi masa aku pasang lagu ni , ada yg bertanya 'eh, ada versi bahasa inggeris ke' ? Menunjuk kan tak ramai lah yg tau lagu original nya ada lah bahasa inggeris.. kiranya melody lama tetap segar dan di minati ..





Macam gak lagu 'She believes in me ' Kenny Rogers.. Orang sekarang pastinya tak tau sapa ke jadahnya Kenny Rogers ni..Kalau tau pun sekadar ayam roasted kenny rogers tu je.. Tapi bila Ronan Keating rakam balik lagu ni dulu dgn beberapa kelainan dari segi lirik dan rentak.. org pun mula suka .. tapi yg penting yg korang suka tu adalah hasil karya 'LAMA..jadi itulah hakikatnya kalau rasa nak cakap ' i tak main lah layan lagu lama' ..




Pasal filem era 80an,70an.. aku memang minat..pelakon lama kalau berlakon mmg touching ke tahap gaban.. tgk sajalah kalau Noor kumalasari,Azean irdawaty,Zulkifli zain,Latif Ibrahim,Rahim Razali,Fauziah Ahmad Daud,Rose Iskandar..naknya filem air mata.. kalau pelakon menangis aku rasa penonton pun boleh menangis.. bayangkan betapa hidupnya watak sedih.. kalau watak jahat pun tetap gak hidup.. kalau pun di beri peluang berlakon sekali dlm satu filem pun tetap hasilnya memuaskan macam Adibah Amin yg berlakon sbg cikgu bedah yg sengal dlm 'Adik Manja' .Di bandingkan pelakon sekarang kebanyakan nya glamour lebih,gosip sana sini, mengada2 dah tu berlakon macam hampeh..kalau yg best pun berlakon macam azizah mahzan,fauziah nawi,fatimah hashim (tetap gak org tua )..cuba2 korang tengok cite melayu dulu2- mesti korang melelah air mata gak.. tapi filem yg paling aku suka ' matinya seorang patriot' 1983 arahan Rahim Razali yg memang mengupas semua persoalan
hidup- pengkhianatan, perniagaan,dendam,politik,cinta,patriotik,kekeluargaan,kepahlawanan,dosa lampau..latar muzik filem ni pun cukup buatkan jiwa aku terusik.. Filem ni jugak mengangkat Eman Manan buat pertama kalinya berlakon dan di anugerahkan pelakon lelaki terbaik ..Tak lupa juga film air mata 'Tiada esok bagimu' lakonan airmata Noor Kumalarsari sangat menyentuh perasaan.. filem ni juga mengupas persoalan manusia yg berkuasa dgn hawa nafsu yg serakah, status darjat manusia dan juga sindiran halus terhadap sekelompok masyarakat dulu2 yg lebih percayakan ramalan tentang setiap anak yg dilahirkan..jika anak tu di ramalkan "sial" dan membawa sial pd keluarga,lalu anak tu di berikan pd org lain ..cerita dlm ni lebih kurang Noor Kumalarsari di berikan kpd keluarga angkat selepas di lahirkan krn mengikut ramalan dia di katakan sial..endingnya - ibu nya sedar lalu menyesal..film yg mempunyai mesej tersendiri..zmn skrg masih ada lagi tak masyarakat yg nujum2 kan anak ?



(sedutan dari Matinya Seorang Patriot)




(Sedutan dari filem 'Tiada Esok bagimu' ..sesapa yg layan cerita ni, inilah babak akhir yg menyentuh perasaan ..boleh menangis di buatnya)



Filem Komedi dulu dan sekarang pun lain..lawak dulu tak lah sehebat sekarang tapi tetap mencuit hati.. tapi lawak dulu bersahaja dan bermesej.. bukan sekarang
yg ada kalanya menjengkel kan asal saja atas nama nak berlawak ..

Itulah saja celoteh aku pasal benda2 lama ni.. apa pun aku tau setiap orang ada selera tersendiri.. tapi inilah selera aku.

No comments:

Post a Comment