Friday, March 30, 2012

April Fool..perlu ke?



Kita tak lama lagi akan masuk bulan April dan macam biasa sebut je April,1hb April tu adalah hari April Fool .. hari ni di mana yg ramai orang akan memperbodohkan kita di atas cerita2 yg di reka nak bagi korang panik, takut atau gabra atas tujuan for fun..

Ada sesetengah orang memang menyampah,ada yg suka pulak..tapi pada aku buat apa lah nak ikutkan sangat budaya macam ni.. ini macam perangai budak2 pada aku dan juga perangai seperti orang yg kurang kerja..secara logiklah kita boleh fikirkan.. so kita tak perlu lah nak buang masa sangat.. budaya barat memang orang suka ikut.. kalau tak ikut tak moden katanya.. moden ke bergurau di atas tujuan menipu nak bagi orang ketawa ? Mengenakan orang memanglah sedap tapi bila diri sendiri terkena, pastinya korang menyumpah dalam hati.

Seperti biasa bila kita nampak kat mukabuku atau FB, banyak yg share info jgn meniru budaya ni.. ada yg tak nyatakan sejarahnya.. sekadar mengatakan ianya di larang kerana berdasarkan adab dan hukum agama adalah di larang untuk bergurau secara melampau dgn tujuan tertentu :

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Jadi , cukuplah penjelasan di atas sebagai kita untuk menilai dan hentikan tindakan membodohkan orang di hari April Fool..bukan budaya kita satu hal dan sememangnya kita perlu menjauhi perkara yg sia2..jgn pulak di tokok tambah dgn fakta2 yg tak di pastikan kesahihan nya yg sekarang rancak di sebarkan di blog dan facebook mengenai sejarah April Fool ni ada aku dgr banyak versi tau pasal 1 April ni..

versi yg lain lak aku dengar - in 1582, Pope Gregory XIII ordered a new calendar (the Gregorian Calendar) to replace the old Julian Calendar. The new calendar called for New Year's Day to be celebrated Jan. 1. That year, France adopted the reformed calendar and shifted New Year's day to Jan. 1. According to a popular explanation, many people either refused to accept the new date, or did not learn about it, and continued to celebrate New Year's Day on April 1. Other people began to make fun of these traditionalists, sending them on "fool's errands" or trying to trick them into believing something false. Eventually, the practice spread throughout Europe.

April Fool ni lebih kepada budaya orang barat sana.. seperti yg aku dgr dari fakta seorang pembaca :

'April 1 is recognized as a day for pranks in Germany, France, Great Britain, the United States, Canada, and elsewhere. In India, the last day of the feast of Huli, March 31, is regarded as a day for mischief. In France, an April fool's prank is called a poisson d'Avril (April fish), and in Scotland it is an April gowk or cuckoo.'


Jadinya bukanlah budaya kitaaa, so henti2 kan lah ..terlalu banyak versi pasal April Fool ni.. jadi kita ambik saja hukum larangan bergurau secara berlebihan sehingga menipu sebagai pedoman utk kita. Yang pasal kekalahan orang islam kat Sepanyol di tgn tentera Kristian pd 1 April melalui penipuan- fakta ni tak dapat nak komen sangat.. jadi hati2 nak post atau share info yg semacam ini kat fb,twitter atau mana2 laman sosial.. fakta ni boleh menyebabkan keadaan jadi panas dan tegang dlm kelompok masyarakat yg berbilang kaum dan agama di seluruh dunia .. seperti yg aku nampak dlm satu fb page.. dah bertekak sesama sendiri pasal ni..jadi pandai2 lah ye

No comments:

Post a Comment